Melihat di dinding sebelah kiri meja.
Ada "planner" untuk bulan November.
Tarikh2 peperiksaan tercatat di kotak2 tertentu..
Dan berakhir di kotak 30 November, kertas Electrical Technology.
Dan tiada apa2 lagi catatan selepas itu..
Saya akan pulang ke rumah pada 1 Disember 2010, ambil "flight" dari Senai ke Subang.
Pas tu?
Kosong.
Tiada rancangan.
Kalau ikut rancangan cuti2 yang lepas:
~ Tidur panjang.
~ Main game + Facebook
~ Makan
~ Tidur balik
Takde life langsung....
Pensel di jari tangan kanan diputar2kan.
Berfikir sejenak....
Nanti kejap, kan aku akan dapat kamera.
"Apa salahnya aku guna time cuti ni."
Tapi nak ambik gambar apa..
Tangkap gambar kat rumah, time tengah main game?
Memang takde kerja...
Hum.. Hah, ape kate amik gambar tempat2 yang aku pernah pegi?
Saje je nak mengimbau kenangan2 lama...
Nak start dari mana?
Home sweet home.
Pastu gi sekolah, amik gambar sekolah..
Haha, okay la, daripada ternak lemak kat rumah.
Tapi, takkan tu je..
Belum seminggu, kerja ni dah habis.
Tak seronok.
Hum.. Fikir lagi...
Tiba2 terfikir idea gila.
Apa kata amik gambar dari Klang, Selangor sampai Kolej Matrikulasi Kedah?
My Great Escape,
Draft 1.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment