Selepas selesai "upload" gambar2 KRU semalam, telefon saya menerima panggilan.

Jam menunjukkan 10.15 malam.
Sapelah yang call malam2 buta ni..

Hah?
Abang Faruqi?
Eh, apehal ni?

Saya pun jawab panggilan tersebut.
"Ashraf ada kat bilik tak?"
"Ada. Naper?"
"Ni ha.. Kawan abang nak jumpa.."

Tekezut jugak.
Selalunya saya ziarah diorang di S05.
Malam ni, abang Faruqi ziarah bilik saya.
Belum pernah berlaku selama 3 semester di sini.

"Siapa kawan abang tu?"
Beliau menggunakan istilah "kawan", bukan merujuk kepada namanya.
"Adalah.."

Saya makin bingung.

Selepas 10-20 minit menanti, abang Faruqi pun tiba di bilik saya.
Diikuti abang Firdaus Abdul Rahman, abang Taufik, dan abang Arif.
Eh, ada apa ni?
Sekali datang macam bah.
(Bilik saya sekarang ni ialah bilik lama abang Izmar dan abang Firdaus. Kira abang Firdaus balik bilik lamelah..)

"Nape datang ramai2 ni?" tanya saya.
"Ah.. adelah..."
Makin bingung.

"Ashraf, abang nak tengok gambar KRU.." kata abang Taufik.
"Boleh2.." kata saya sambil mencucuk external hard disk ke lappy.

Abang Taufik layan gambar2 KRU, dan saya berbual2 dengan abang Faruqi dan abang Arif.
"Kitorang nak ajak makan malam je.."

Oh, makan malam.. Ingatkan ada apa tadi..
Tapi seronok jugak tengok senior2 berkumpul kat bilik saya seramai-ramainya.

"Ni mesti sebab JPA dah masuk kan?" tanya saya.
Esok cuti umum, malam ni nak tido lewat sikit.
Waktu standard saya tidur SETIAP HARI ialah 11 malam.
Tak lebih, tak kurang.

Saya bersiap, dan kami bertolak ke P19.
Saya membonceng abang Taufik, sambil bawak kamera.
(Nak cari cerita untuk ditulis kat blog. Haha.)

Selepas duduk tak sampai 3 minit di P19, kami pun bergerak ke motor.
Tak tahulah kenapa, tapi diorang tukar plan nak ke N24.

Dan kami pun tiba N24..
Kafeteria Noor.
Dengar cerita tukar tempat (atau tender? entahlah..) dengan CP.

Saya makan mi goreng dan ice-blended cappuccino.
Ada yang order burger arnab, burger ostrich, nasi lemak, etc2.

Semuanya tahun 4. Saya tersesat dalam kumpulan ni. Haha..







Saya juga belajar teknik baru untuk fotografi.
Tak tahulah apa namanya, tapi abang Taufik yang ajar.

Nak wat teknik ni, cari subjek.
Then pastikan belakang subjek ada BANYAK LAMPU (sebagai sumber cahaya)
Setkan DSLR ke mode Manual atau M.
Aperture tak kisah berapa.
ISO 100.
Shutter 1".
FLash - gunakan REAR flash.
>>> Amende REAR flash tu? Abang Taufik kate REAR means belakang.
Yang bestnye, flash x keluar satu kali, tapi DUA KALI!!
Satu sebelum shutter tutup, satu lagi pas shutter tutup.
Tak faham? Pinjamlah DSLR sesape ye..

Cara-caranya:
Tangan kanan jaga shutter release button.
Jari kiri pegang Zoom Ring.
Setkan Zoom ring ke maximum (zoom jauh) - saya punya 55 mm.
Tekan shutter release button (jari kanan) > cahaya flash keluar.
Cepat2 zoom ring (tangan kiri) diputarkan  lawan arah jam. (maknanya zoom dekat). Saya punya 18 mm.
Cahaya flash kedua akan menyusul.
 Hasilnya..
Lampu-lampu di belakang "ditarik" ke hadapan.
Setting ni hanya berguna waktu malam..
Saya tak dapat buat waktu siang. Tak jadi.

Naper yer, dalam banyak2 lagi senior, diorang teringat nak ajak sayer yang super junior nie?
Yang Tahun 3 (jiran2 diorang) pun xde..

Am I that special? Kikiki..
(nampak sangat terlebih diMANJAkan)

Anyway, mungkin ni semester terakhir saya dapat bersama mereka..
Entah bila dapat jumpa lagi..

"Pak Lang mane?" tanya saya.

"(Cakap style Penang)Dia takda. Dia keluar sejak petang tadi.." kata Zufar.

Saya nak hantar video rakaman Pak Lang sewaktu beliau berucap semalam.

Beberapa minit kemudian..

Pintu dibuka tanpa diketuk.

"Zufar, Ashraf, jom gi bilik sebelah. RFC!" jerit abang Izmar.

Saya tersenyum.

"Jom, Zufar!"



Saya pergi bilik sebelah, terdengar ngauman singa dan harimau.

Pak Lang duduk bertentangan dengan abang Wafi.

Dan mereka sedang bertikam lidah sekuat-kuatnya.
Saya merakam hampir kesemua babak "lakonan" tersebut.
(Video selama 1 minit 46 saat.)
Gaduh pasal ape ni?
Kalau x salah, diorang citer pasal kahwin. (Hahaha.)



Pak Lang:
Tapi aku ngaku kate yang aku tak mau kahwin dulu!

Wafi:
Ah.. Ok, jadi hang mengaku hang.. yang hang salah mase tu?

Fahmin dan Abang Ridwan beli ais kat K9. Sebab tu tiada dalam gambar.
Selesai sesi perdebatan, kami pun melantak dengan "rakusnya" (bahasa Encik Faruqi).


Saya tak ingat siapa yang berkata, tapi ayatnya lebih kurang camni..
"Yang ni untuk cik min, satu lagi dah bagi kat cik mat.."

Kami terdiam. Mata masing-masing pandang Pak Lang.
Dan kami pun ketawa sekuat-kuatnya.

"Oh.. Belanja cik mat yer..."
Saya masih tersenyum.

Malam tu jugak saya upload gambar kat FB.
Ternampak Cik Nafisah tengah online untuk IM.
Status beliau tertulis : ".. cik min belanja cik mat.."
Saya ketawa sorang2.

Terima kasih sahabat-sahabat kesayanganku..

15 Januari 2011, selepas Isyak, S05 - bilik abang Wafi dan abang Izmar.



"Aihh... Hang pa sebok menekan, aku pun nak merasa jugak!" kata Pak Lang.

Saya tersenyum.

Tiga senior - abang Aslam, abang al-Arif (kami panggil Acheh) dan Pak Lang - berebut-rebut nak main kamera saya.

Saya biarkan je.
Bila lagi nak tengok diorang berperangai mengalahkan budak-budak?
Satu katil ada empat orang termasuk saya.
Ditambah pulak dengan kehadiran Pak Lang.
Silap-silap boleh roboh katil abang Aslam.


"Eh, ni dah off ni.. Camne nak on ni?" tanya Pak Lang.
Dua orang lagi ketawa.

"Mu cari sendiri.. Hahaha"
Diorang saje 'off'kan, nak kenakan Pak Lang.

"Ni, toggle benda ni.." kata saya.
Kamera pun ON.

Subjek pertama yang Pak Lang tangkap - Fahmin yang dah terlena dibuai mimpi.

Cahaya flash menyilaukan satu bilik.

"PAK LANG! Tak baiklah kacau dia tidur!"
Dalam keadaan marah, saya pun sama-sama ketawa.
Ada-ada je Pak Lang ni..
Bab mengenakan orang memang EXPERT..

Fahmin masih demam.
Katanya, dia datang kelas satu jam, kemudian ponteng kelas lain.
Hari ni, dia masih kurang sihat.
Keletihan je.

"Hah! Tengok! Aslam yang tak hensem, aku tangkap jadi hensem!" jerit Pak Lang.

Macam-macamlah abang sorang ni.. Excited sangat dapat main DSLR.

Susu

"Min, jom makan malam.."
Pak Lang kejutkan Fahmin. Waktu tu dia belum solat Isyak lagi.
Jam menunjukkan 11 malam.

"Ambilkan cawan.." katanya perlahan.
"Nah.. Hang nak air apa? aku buatkan" kata Pak Lang.
"Susu.."
"Berapa sudu (tepung susu)?"
"Tiga je.."

Saya ambilkan air panas yang baru dimasak, dan tuang ke dalam cawan.
Aroma susu berkepul-kepul dalam udara.
Saya segera berlari ke belakang.

"Saya tak boleh hidu susu.. Takut muntah.." kata saya.
"Hang tak boleh minum susu?" tanya Pak Lang.
Saya angguk.

Susu itu kemudiannya dicampur air sejuk.

Beli makanan
"Hang nak makan apa?" tanya Pak Lang lagi.
"Nasi goreng Cina"

Saya mencelah.
"Pak Lang.. Nak ikut!"
"Tak boleh, hang temankan Fahmin."
"Ala.."

Beli makanan dan air

Pujuk punya pujuk, kami pun tiba di Arked Kolej 9.
Saya order nasi goreng Cina, sama dengan Fahmin.
Fahmin kat bilik, dia tak ikut.
Pak Lang order Western food.

"Hang nak air tak?"
"Boleh jugak."
"Nak air apa?"
"Ikut Pak Lang."

"Bang, teh ais dua!"
"JANGAN!" jerit saya.
Abang tu pandang.
"Satu teh ais, satu teh O ais." jawab saya.

"Pulak dah? Hang tak minum teh ais?" tanya Pak Lang?
Abang jual air tu pun mencelah "Takut susu kot..."

Saya dan Pak Lang ketawa.
Abang tu pun berkata"takut susu sebab susu banyak lemak (susu lemak manis)"

Lemak

Cakap pasal lemak....
Saya pandang Pak Lang.
Mengilai sekuat hati.
Pak Lang geram.
Mesti sebab dia banyak minum teh ais ni...

Saya temankan Fahmin makan malam di biliknya.
Jam hampir menunjukkan 12 malam.

Semoga beliau segera sembuh dan dapat menghadirkan diri ke kuliah.

Sejak dari tadi duduk di hadapan printer.
Tak jugak berfungsi.

Saya duduk di katil Abang Aslam, sementara menunggunya.
Fahmin masih terlantar atas katilnya.
Dah masuk hari kedua kuliah, tapi belum belum masuk ke kuliah.
Dia masih demam.

Abang Aslam masuk, membawa tupperware.
Bau sedap.

"Printer tak jalan lagi" kata saya.

"Kejap ya.."

Abang Aslam betulkan wayar berdekatan printer.
Mata saya memerhatikan tupperware itu.
Apa isinya? Siapa bagi?

Pak Lang pun masuk bilik.
"Sele (Aslam), apa ni?" kata Pak Lang.

"Bubur. Intan bagi" jawab abang Aslam.

"Intan? Kakak Intan Hazila?" tanya saya.

"A'ah.." jawab dia lagi.

Saya terkejut. Tak sangka.

"Fahmin demam berapa hari, ada orang sudi bagi bubur. Aku accident tiga hari, tak dapat apa pun" kata Pak Lang.

Saya dan abang Aslam ketawa sekuat-kuatnya.

Makan bubur


"Min, bangun Min.. Ada bubur ni.." kejut Pak Lang.
Dengan mata yang terbuka tak berapa luas, dia makan bubur tersebut.
Kuantitinya tak banyak mana. Setengah mangkuk.
Saya tuangkan air suam ke dalam cawan.

Habis makan, Fahmin sambung tidur.
Bubur dalam tupperware masih banyak.

Giliran kami


Abang Aslam pun mencedok bubur dan letak di dalam mangkuk.
Begitu juga Pak Lang, yang memang nampak kempunan sejak dari tadi.

"Sedap.." kata Abang Aslam.

Tiba giliran saya.
Saya pun suap ke dalam mulut.
"Eh, sedap jugak.. Ada ayam.."
Ada daun warna hijau.
Mungkin daun sup.
Saya pun menyuap daun itu.

Berhenti makan.
Mata dah terbeliak besar.

"DAUN!! DAUN!! DAUN!!!" jerit saya sekuat-kuatnya.

Abang Aslam dan abang Azam terkejut.
Abang Azam baru masuk ke bilik itu, sebelum saya makan.

"Daun ketumbar?" tanya abang Aslam.

Saya angguk, sambil menangis.

"SAYA TAK BOLEH MAKAN DAUN KETUMBAR!!"

Tangan saya segera menyambar cawan yang penuh dengan air suam.
Saya telan air itu selaju-lajunya.

"Dah, dah.. Saya tak nak makan lagi..."
Baru tiga suap, saya berhenti makan.

Saya alah dengan daun ketumbar.
Bila dah sampai kat lidah, rasa nak muntah.
Hidu bau pun boleh pengsan.

Kepada pihak berkenaan, tolong jangan masukkan daun ketumbar lagi.

Anyway, bubur tu memang sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...