19 Julai, Isnin
Pagi
"Minum airnya, As.."
Mama mennyuruh saya minum teh o suam.
Kalau duduk rumah, itu yang mama hidangkan kepadaku setiap pagi.
Kemudian bersalam dengan Mak Yang.
"As, ambik ni.."
Mak Yang menghulurkan sejumlah wang.
Aku sama sekali pasti menolak, tap tak patut tolak pelawaan orang yang lebih tua.
Ah, banyaknya orang hulurkan duit.. Dompet pun makin "gemuk"..
Memang rezeki turun macam hujan pada pagi itu.
Mengambil tiga jenis beg untuk dibawa pulang ke selatan.
Beg laptop, beg silang dan beg "balik kampung".
Beg-beg yang ku bawa sejak Khamis lalu.
"Semua dah siap?"
"Dah.."
Toyota Avanza biru metalik itu mula menyusuri jalan raya Klang.
Pandang kiri kanan. Lepas ni memang tak balik, sampai bulan puasa nanti.
Di bandar ini aku dibesarkan. Abah selalu bawa kami berjalan melalui kebanyakan jalan utama di pusat bandar.
Terkenang pelbagai memori tentang abah. Akulah anaknya yang paling suka ikut berjalan.
Tiba di Klang Sentral.
Ketika bas Transnasional menunggu pemandunya, aku berdiri di luar, bersama mama dan abang Am.
Adik-adik bersekolah - An tingkatan 4 waktu pagi, Anis tingkatan 2 waktu petang. Tapi Anis perlu duduk di rumah, menjaga Mak Yang.
"As takyah fikir sangatlah.. Belajar je.. Kuatkan semangat.." kata mama.
Aku angguk.
Memang payah nak hilangkan kesedihan ni. Tapi aku cekalkan diri.
Pemandunya masuk, dan aku terus duduk di 8C.
Dari tingkap, wajah mama dan abang Am masih jelas kelihatan.
Tepat 9 pagi, aku bertolak.
Saya melambaikan tangan sambil tersenyum. Mereka juga melambai sambil tersenyum.
Saya unlock telefon bimbit, dan pergi ke mesej.
Jari menekan-menekan butang.
"As dah gerak. Kalau ada masa, jenguk-jenguk mama, abang Am, Annas dan Anis."
mesej ini dihantar kepada Mak Teh, Pak Teh, Kakak Yan dan Mak Cik Adik.
Kakak Yan - Zunnorain Mohd Zin
"Owh yeke.. As jangan risau pape, kakak yan n family lain semua boleh tengok-tengokkan mama n adik-adik. As pun kalau nak mintak tolong apa-apa kat Iqa sane call je dia, kalau nak suruh kakak buat apa2 kat sini pun gtau je ok. Have a safe trip. Keep intouch ;)"
Makcik Adik
"InsyaAllah. Belajar rajin-rajin, jangan lupa berdoa untuk arwah abah. Kalau makcik ke sana, makcik call As"
Mak Teh - Habibah Ahmad
"InsyaAllah. Jaga diri n kesihatan As. Tumpu perhatian pada pelajaran."
Pak Teh - Mohd Yunos Rakob
"InshaAllah. Don't worry. Just focus on your study & take out the best of you. Your SUCCESS is very meaningful to your mama & family."
Seketika kemudian, kedua-dua belah pipiku terasa basah dilinangi air yang kehangatan.
Tapak tangan ini mengenggam BARA HARAPAN semua yang mengenaliku.
Bara yang akan aku hangatkan hingga PANAS MEMBAKAR satu hari nanti.
Ashraf Bin Nazlan
0 comments:
Post a Comment