18 Julai, Ahad
Malam
Sebelum Pak Teh pulang pada kenduri malam kedua, aku bersalam dengannya.
''As risaukan pasal duit.."
"Oh.. Jangan risau sangat.. Mama kan masih berkerja.."
"Tapi gaji mama tak semewah abah.."
Mama kerja sebagai kerani pejabat pos. Menguruskan setem, pos laju, hantar barang, dan yang sewaktu dengannya. Kadang-kadang ambil alih tugas Cik Izan merangkap bos pejabat tu. Tugas Cik Izan selalunya pasal bayar bil.
Mama kerja 8 pagi - 4 petang setiap hari bekerja dan 8 pagi - 12.30 tengah hari pada hari Sabtu minggu bekerja. (tak ingat, minggu 1&3 atau 2&4)
"Betul, tidak semewah abah, tapi, insyaAllah, saudara-saudara, malah jiran-jiran boleh bantu.."
"Tapi, bukan ke itu menyusahkan orang lain.."
"Kat sekolah dulu As ada belajar FARDU KIFAYAH, kan?"
Aku mengangguk.
"Inilah fardu kifayah orang dewasa.. Kami saudara akan cuba bantu apa yang termampu.. As ada masalah pun boleh call Pak Teh.."
Saya pandang Toyota Avanza biru metalik di sebelah kanan.
"Kereta tu pun kena bayar.." saya menyambung.
"Berapa bayar sebulan?"
"Tak tahu.. tapi bulan sebelas ni habis bayar.."
Kereta ni berkait rapat dengan umur saya.
Kereta ini dibeli pada malam hari lahir saya. Ketika saya berusia 15 tahun. Hujung 2005.
Dulu ada Kancil, dan tukar Kancil tu dengan Avanza.
Bayaran yang diletakkan pada Kancil jadi bayaran deposit Avanza.
Tolak campur, Avanza perlu dibayar selama 5 tahun.
"Pak Teh anggarkan abah bayar RM800 sebulan"
Mataku terbeliak.
"tinggal Ogos, September, Oktober, November - 4 bulan. Ertinya, bayar RM3000 je"
Alhamdulillah.. Tak banyak sangat.. InsyaAllah ada duitnya..
"Kalau tak mampu, Pak Teh cuba tolong, kemudian bila dah ada duit, bayar balik kat Pak Teh. Lepas tempoh tu, kuranglah beban keluarga As.."
Abah sengaja ambil pinjaman 5 tahun, cepat habis bayar, kurang "interest"..
Maknanya tak perlu bayar lebih. Sebab tu abah kuat kerja..
Kereta ni je hutang abah. Takde apa-apa hutang lagi yang abah tinggalkan. Abah takkan meminjam duit orang. Sikap yang sangat saya hormat kat abah.
Ya, empat bulan sahaja. Ketika berusia 20 tahun, kereta ini akan jadi milik kami sepenuhnya.
"Ini namanya MIND SETTING.."
"Hah?"
"Cara kita berfikir menentukan kekuatan kita. Orang bersilat pun perlukan minda yang kuat"
"As tak perlu risau soal duit.. Yang penting sekarang.. Belajar.."
Belajar..
Mak Teh, kakak abah pesan..
"Tunaikanlah impian abah.."
Mak Teh kucup kedua-dua belah pipi saya, kemudian di dahi.
Saya tahu, Mak Teh dan Pak teh dan semua adik beradik abah dan mama sayangkan kami anak-beranak macam anak sendiri.
Pak Teh kembali berpesan,
"Hidup ni macam roda. Kadang kat atas, kadang kat bawah"
"Kita kena cuba berada di atas. Kemudian pastikan ia akan membesar.."
Ayat pertama biasa dengar. Tapi ayat kedua first time dengar.
Pak Teh petah berbicara. Penuh dengan motivasi. Sentiasa berfikiran positif.
Aku lambaikan tangan ketika mereka berdua melintasi jalan kecil di hadapan rumah.
Semoga dugaan ini mendorong saya untuk lebih kuat dalam kehidupan.
Andainya hidup saya terus-menerus senang dan mewah, sayalah orang yang paling lemah.
Seorang yang takut dugaan. Seorang yang tidak menghargai kasih sayang abah.
Saya semakin faham tentang tujuan hidup.
Life is not just about studying, but learning.
Hidup perlu diteruskan. Impian perlu direalisasikan.
Abah, As akan teruskan perjuangan hidup ini.
As akan terus mendaki, dan terus mendaki hingga ke puncak.
0 comments:
Post a Comment