17 JULAI 2010
pagi
jam 12 lebih hingga 2 lebih
belum tidur, menulis blog.
Kemudian, tidur. Mama seorang sahaja di hospital menemani abah.

4-5 pagi

bunyi telefon abang Am di sebelah, dan saya terjaga.
Masih diselubungi selimut.

Siapa telefon jam 4-5 pagi?

Abang Am bukak pintu bilik saya yang masih gelap. Annas masih terlena dibuai mimpi.
"As, Annas, abah kritikal"

Abang Am ke bilik sebelah lagi. Bilik Anis. Ketuk pintu biliknya.

Saya kembali menutup muka dengan selimut, dan hantar mesej kepada Bella, Atikah, kakak Naffisah, Abang Arif, Abang Faruqi, Pak Lang, Abang Luqman, Abang Izmar, Munzir dan Ju.

"Abah kritikal.."

Tak tidur walaupun berselubung. Berselubung kerana satu batallion nyamuk menyerang.
Terfikir keadaan abah. Kasihan. Mesti mama tak tentu hala.

Lepas tu abang Am bukak lampu bilik saya. Terang.

"Abah dah takde!"

Aku tenang. Tiada reaksi. Tak terkejut pun.
Kerana dengan keadaan abah, aku tahu ini keberangkaliannya pergi memang tinggi.
Aku sedia menerima khabar tersebut.

Aku masih terbaring, tiada tenaga untuk menggeliat.

Selang beberapa minit
Kakak Ina datang dari rumah sebelah.
"Ashraf, Annas, dah bangun?"

Kemudian Kak Ina ke bilik Anis, dan menangis.

Abang dan Pak Ngah ke hospital mengurus jenazah.
Akan dimandikan, kafan, etc di sana.

Saya menjadi yang paling tua di rumah.
Uruskan rumah dan adik-adik.
Cik Mona, Abang Syam, Mak Ngah, semua tolong kemas meja-meja dan kerusi.

Kemudian solat Subuh di rumah. Terdengar nama abah disebut di masjid.
Tanda kematian.

Saya tak putus-putus hantar mesej kepada sahabat.

Pagi yang mengelirukan.

8 pagi

Lebih ramai saudara datang ke rumah.
Mak Yang dan Atuk tinggal di sini beberapa hari.

Saya perhatikan adik berdua.
Lelaki tingatan 4, perempuan tingkatan 2.
Belum tamat persekolahan pun.
Mereka masih muda.

Mak Cik Adik, jiran sebelah kami, mendekati saya.

"Ni sape yang dah masuk universiti?"
Saya angkat tangan paras telinga.
"Kat mane?"
"UTM, Skudai"
"Oh.. Skudai.."

Dia mengajak bersarapan. Saya menolak. Tiada selera.
Tapi dipaksa juga. Kami bertiga pun pergi.

Mak Cik Adik ni kaya. Banglo bertingkat-tingkat.
Sebelah rumah saya sahaja. Rumah saya 1 tingkat sahaja. Rumah opah dan atuk.
Waktu opah hidup, jiran-jiran kami sangat rapat dengan opah.
Jadi, layanan yang cucunya (kami semua) terima sangat-sangat istimewa.

Baik dengan semua orang, semua orang akan baik dengan kita.

Kami masuk banglo tu. Besarnya... Saiz Tv-nya.. Wah..

Kami makan di meja makan. Suasana sepi. Tiada suara.

Mak Cik Adik duduk dekat dengan saya.
Bertanyakan keadaan abah.
Saya cuba terangkan dari awal sehingga pagi tadi.

"Mak cik selalu ke Skudai, ke universiti As.."
"HAH?"
"Mak cik supplier buku paling aktif ke PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah"

HAH?
Setahun duduk sana, baru tahu jiran sebelah ni supply buku dari luar negara kat UTM.
(Bukan penerbit, tapi pembekal)

"Kalau kamu nak apa-apa buku, cakap je dengan mak cik. Mak cik boleh bagi harga yang paling murah untuk kamu."

Benar, buku luar negara bukan murah.
Saya akan manfaatkan peluang ini.

Benar kata Abang Luqman, satu kesusahan disusuli dua kesenangan.
Dia juga berpesan, ada masalah, carilah dia.
Katanya kita lebih rapat daripada saudara sebenarnya, sebab duduk kat sebelah.

Saya tak pernah terbayangkan sampai macam ni.

Terima kasih, mak cik..

Kami juga ke rumah Mak Ngah, juga sebelah rumah saya.
Kakak Ina tinggal kat sini.
Juga bersarapan di sini.

Abang Syam, suami kakak Ina, beritahu yang jenazah abah akan dibawa ke rumah sebentar lagi.

jam 9 pagi

Saya membaca Yassin menggunakan telefon bimbit putih saya.
Lihat wajah abah dalam-dalam. Lepas ni tak dapat lihat lagi.
Abah berkopiah putih, dilitupi kain kapan serba putih.
Matanya teerpejam. Tak bersuara. Tak juga senyum.
Takkan mampu lagi bergurau senda dan ketawa bersama kami.
Saya tiada rasa apa-apa.

Abang Am di kiri saya, An di kanan saya. Mama dan Anis bertentangan dengan kami.
Kepala abah di kiri kiblat, kakinya di kanan kiblat.

Solat jenazah, saya di saf kedua.
Selepas solat, mula rasa nak menangis.
Baru saya sedar. Abah dah takde.

Mama serahkan dua helai tisu. Saya selsema, ditambah juga dengan tangisan.
Saya memang tak sihat waktu ni.
Abah diangkat, dan dibawa ke van jenazah.
Saya di belakang van, bahagian kaki.
Abang Am sebelah kepala abah.


Pilu.

jam 10
Kami ke kawasan perkuburan Selat Klang.
Kawasan kami, kalau tak salah, N45,Selat Klang, kawasan Dr. Halimah Ali.
Kawasan ni baru je ada kubur.

Excavator gali liang lahad.
Kemudian abah dikebumikan dengan selamat.
Talkin dialunkan.

Saya mula menangis.
Teringat jasa-jasa abah. Pengorbanan untuk memberi kami makan.
Hantar saya ke dua sempadan untuk menagih setitis ilmu.
Dari sempadan utara ke sempadan selatan.

Kenapa tidak aku menangis?
Kalau ini berlaku kepada anda, apakah anda tidak akan menangis?

Sambil mendengar talkin, aku berbisik,
"Abah, As minta maaf.."
Ayat ni diucap berkali-kali.

Selesai talkin dibacakan, aku berjalan beberapa meter dari pusara abah.
Melihat kehijauan pohon yang tumbuh liar tak jauh dari kubur. Kemudian menangis sepuas hati.

Abang Ijam mendekati, dan peluk saya.
Abang Am dan An menabur daun pandan, dan siram air ke tanah.
"Jangan nangis.. tak elok.. "

Aku cuba tahan menangis.
Aku turut menabur daun dan siram ke tanah.

Segera berpaling ke belakang, kembali meihat pokok.
Abang datang, meletakkan tangan kirinya ke bahu kirinya.
Annas dipeluk sebelah kanan.

"As teruskan belajar.. Tak elok berhenti sekerat jalan.. "
"An, belajarlah elok-elok.. Masuk IPTA.. Kurang perbelanjaan berbanding swasta.."

"Jangan jadi macam abang.. Dah banyak duit abah yang abang habiskan.."

Sebelum beredar, aku pegang tanah abah, bahagian tapak kaki.

"Abah, As sayang abah.."

tengah hari

makan dengan mama di atas lantai. Meja-meja dibawa keluar pagi tadi.
Yang pergi tetap pergi.
Yang hidup teruskan hidup.

Pak Teh berbual denganku, tentang bagaimana aku akan pulang ke UTM.

"As tak tahu bila balik. Tunggu mama lepaskan."

Mama beri keizinan, tapi aku masih belum mahu pulang.

Pak Teh beri cadangan.
"Macam tu, As balik Isnin, pergi kuliah Selasa. Tiketnya Pak Teh belikan."

Pak Teh suka tolong kami sejak dulu. Pak Teh jurutera elektrik di Telekom.
Belajar sampai Master. Gaji memang sedaplah.
Tapi Pak Teh tak sombong. Pak Teh memang baik.

Petang
Saya berkunjung ke rumah Mak Ngah di sebelah. Berbual dengan sepupu.
Abang Pe, anak Pak Long, juruteknik Telekom. Dia rapat dengan abah. Tempat kerjanya hanya bertentangan jalan, sehingga waktu makan tengah hari, mereka makan bersama.

Katanya, abah pernah bertanya macam-macam tentang kereta kepadanya.
Dia cadang alat ini dan ini, untuk "meringankan" kuasa enjin.
Memang betul, kereta kami jadi lagi sedap.

Abah dah siapkan macam-macam untuk kami.
Seolah-olah dia tahu dia akan pergi.
Aku dapat rasakannya. Tindakannya kebelakangan ini memang lain.
Tapi pemergiannya tidak dijangkakan.

"Kau memang bertuah.. rezeki korang memang baik.."
Aku terdiam.
"Malam ni, kenduri di-sponsor oleh Mak Teh (kakak Abah)."
"Esoknya, orang sebelah sana sponsor (Keluarga Mak Cik Adik dan ibunya)"
"Satu lagi hari pun sama"
"Nak fotostat surat mati pun, diorang taknak terima duit"
"Nanti cuba tanya pasal KWSP kat majikan abah. Tengok gaya, dari umur ayah kau, dan semangat dia bekerja, ayah kau ada banyak.. Silap-silap, duit tu habis waktu adik kau habis belajar.."

Terbeliak mata saya.

AH!!
Benarlah, rezeki di mana-mana..
Lagi-lagi bila tak dijangka..
Terima kasih kepada semua..
Aku bersyukur kepada-Mu..


Malam
Tahlil di rumah Mak Ngah.
Aku duduk diam atas kerusi. Mak Teh dekati aku, dan memeluk aku.

"Mak Teh.."
Mak Teh menoleh.
"As terfikir.. pasal duit untuk isi rumah.. Gaji mama tak banyak.. Abang Am belum kerja.."

"Takpe.. As tenang je.."
"Urusan tu, biar kami saudara uruskan"
"Yang paling penting bagi As, belajar je.."
"Sedih hanya sementara. Jangan jadikan masalah sebagai penghalang, tapi sebagai dorongan"

Ya, aku perlu kuat.
Macam Kakak Naffisah cakap,
"As kuat!"



Ashraf Bin Nazlan

3 comments:

ye! ko kuat nat, hidup mati tu sume orang akan lalui, takpe kalo ko sedih atau nangis, itu tandenye ko manusia, ade hati perasaan, tapi jangn mengalah walau camne pon, ade ramai yg di sisi korang sume

aja aja fighting!

hm..

rindukan dekat ayah.. susah hati bila fikir lama lagi mahu jumpa.. hm.. hiduplah dengan aman dan menjadi anak solehah kerana doa anak soleh sampai kepada mereka yang benar2 kita sayang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...