March 3 2015, 1.22 am

"Itu, yang pakai tudung itu kan.."

"Uh-huh.." jawab saya sambil mengangguk.

"Bukan sepatutnya dia pakai sampai ini kan?" tanya beliau, sambil tangannya menunjukkan pergelangan tangan kirinya.

"Ya, SEPATUTNYA"

Saya 'mengerti' soalan beliau. Maksudnya, perempuan Muslim SEPATUTNYA pakai long sleeve. Tapi geng-geng 'makcik' tu pakai tudung tapi short sleeve. Yang ajaibnya, kawan saya ni pun faham yang itu memang adab berpakaian dalam Islam.

"So, kenapa dia pakai tudung? Baik buka sahaja sebab dia tak tutup pun."

Saya senyum sambil mengangkat bahu. Malas nak memanjangkan cerita.

Perbualan ni berlaku minggu lepas, semasa saya makan tengah hari bersama beliau di kantin tempat kerja. Beliau merupakan orang Indonesia berketurunan Cina beragama Buddha dan bekerja sebagai kontraktor untuk sistem SCADA. Dan saya agak terkejut kerana beliau lebih faham basic tentang Islam compare to orang yang memang lahir sebagai Islam.


Antara perbualan kami yang lain,

"Malaysia negara Islam kan?"

"Taklah. Malaysia tak pernah jadi negara Islam."

"Eh, bukankah? Tapi ramai orang Islam di sini."

"Ya, agama rasmi perlembagaan sahaja. No more than that. And that doesn't mean Malaysia ni negara Islam."

"Oh."

"Sama macam Indonesia, kan?"

"Ya. But it is one of the largest Muslim population in the world"

I couldn't help but smile.

~Natural Cure~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...