March 3 2015, 10.59 pm

"Ada dua orang nak resign."

"Siapa? Awak?"

Saya geleng.

Tiba-tiba semua orang diam. Cuma bunyi mesin kat belakang bilik kaca tu yang berbunyi.

Manager pun sebut satu nama seorang pekerja wanita. Saya mengangguk. Memang semua orang pun akan sebut nama dia.

Beliau satu department dengan saya. Disebabkan saya ditugaskan untuk jadi 'mentor' beliau dan selalu buat kerja sama-sama, kami pun jadi agak rapat macam adik-beradik. Selalu je saya sakat dan buli dia. Ada jugak masanya dia bagi gula-gula kepada saya dan saya bagi coklat kepada dia. And obviously saya jugak la yang paling sedih bila dapat tahu dia nak resign. Sebab tu muka monyok je dalam meeting tu.

"Sorang lagi?"

Saya sebut nama seorang executive.

"Baru je nak suruh dia masuk syif malam.." kata sorang exec lagi.

Entah kenapa, saya ni jadi pendengar untuk mendengar luahan hati staff yang nak resign.
Dan entah kenapa, mereka sudi berkongsi rahsia mereka dengan saya.
Maybe diorang nampak saya ni bukan jenis bukak mulut sangat kut nak cerita kat orang.

Tapi, saya terpaksa beritahu kepada semua, sebab hal ni mustahak.
Saya dah tak sanggup nak tengok siapa-siapa pun pergi.

Manager saya pun cakap,
"Orang nak resign, kita tak boleh halang. Dia pun ada jalan hidup dia. Cuma agak rugi la sebab kita dah ada teaammate, dah ada orang berpengalaman. Dah tahu buat kerja. Dah tahu nak buat apa"

Saya pun bagitau, yang skop kerja diorang ni tak sama dengan apa yang diorang belajar masa kat universiti.

Manager tu pun jawab, yang diploma atau degree tu sekadar menjana fikiran kita untuk berfikir. Supaya dapat buat keputusan yang logik. Dan tak semestinya kita kena berjalan satu arah je dalam hidup ni. Kiranya, ayat manager ni memang tembak batang hidung saya la. Belajar lain, kerja lain. Tapi still engineering.

Rupa-rupanya staff lain pun lari bidang jugak. Exec yang dulunya belajar bidang polis. Supervisor yang dulu belajar akauntan. Dan manager yang belajar bidang matematik. Semuanya tak pakai ilmu yang diorang dapat masa belajar.

"Semua orang pun nak resign. Saya pun nak resign la."

Jujur saya cakap, kadang-kadang I don't feel I belong there. I don't know much about the industry. Sebab saya stay pun sebab saya tak dapat kerja lain.

Diorang pun pujuk saya untuk stay sekejap. Fikir untuk dua tiga hari. And they really really really need my help. Plant B ni pun belum stabil lagi. And since I'm gonna be the senior for the other production engineer, they want me to become their mentor. Lagiun, semua orang happy je kalau saya duduk depan komputer SCADA dan monitor parameter untuk semua mesin. Supervisor dan exec monitor mesin dan stok produk.

Dan barulah saya sedar, besarnya peranan saya dalam plant tu.

Betul la cakap manager saya. Orang yang nak resign tu, just let them go.
Saya pun sebenarnya nak resign. Tapi bukan dalam masa terdekat ni.
Yang lebih penting ialah teammate yang ada depan mata ni.

And I choose to stay.
So, no Sarawak for the time being.

2 comments:

yoh nat! nak pegi sarawak ke? or sambung blaja kt sarawak?

Kerja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...