March 23 2015, 10.17 pm
"Ya? Cari buku apa?"
"Ermmm.. Hlovatinta..."
"Oh.. Ada kat kaunter sana." kata kakak tu.
Ceh. Patutlah Tak jumpa kat rak.
"Penulis tu ada tulis buku baru tau. Tu bukunya" kata beliau lagi, sambil jarinya menunjuk ke arah satu sudut rak buku.
Anthem.
"Ni. Dah ambik dah. Ada dua bijik lagi" kata saya sambil senyum tujuh ratus megawatt. Adik perempuan saya yang jadi tukang angkut buku. Kehkehkeh.
"Oh.. Okay.. Okay.."
Sebenarnya, masa saya beli Anthem kat pesta buku tu, saya beli dua buah. Satu untuk saya, satu untuk kawan saya. Dia tak kirim (dan dia tak tahu yang saya balik KL minggu tu), tapi saya saje nak belanja dia. Saya tau yang dia pun minat Hlovate. Tapi setahu saya la, antara semua manusia yang saya kenal kat atas muka bumi ni, saya yang paling minat gila dengan beliau. Siapa lagi antara kawan-kawan saya yang ada SEMUA koleksi Hlovate? Siapa lagi yang sanggup buat pesanan pos laju tiap-tiap minggu dan menanti saban hari supaya bungkusan sampai ke pejabat kolej kediaman? Dan siapa lagi yang selalu namanya tertera kat papan kenyataan pejabat kolej kediaman untuk claim bungkusan?
Saya sorang je. *angkat kening double-jerk*
So, saya nak hadiahkan Anthem dan Hlovatinta kepada beliau. CETAKAN PERTAMA ye. Sila jeles.
Saya pun bayar guna Baucer Buku 1Malaysia. Saje simpan baucer ni, nak tebus time book fair macam ni la. Daripada beli benda bukan-bukan, kan? Bagi saya novel bukan sekadar hiburan, tapi sebuah dunia bagi mereka yang memahaminya. Saya pun tak dapat jelaskan kenapa saya angau dengan dunia enulisan. Even family saya pun takdelah gila membaca sangat. Saya mula serius dengan novel pun sejak zaman matrik je. Zaman sekolah dulu, buku program Nilam tu isi dua muka je dalam dua tahun.
Habis shopping kat booth Jemari Seni, saya pun pusing-pusing kat PWTC tu. Jumpa satu booth ni. Woah! Kena cari 'buku tu'!
Saya pun geledah setiap rak. Takde. TIDAK ADA! Mana mungkin?
"Ye, cari apa?"
"Buku Geng ABCDE ada?"
Kakak tu terkejut. "Ada." kata beliau. "Cuma buku tu... Untuk kanak-kanak la.."
"Takpe. Tak kisah. Janji ada"
"Ni mesti minat Hlovate ni."
Saya senyum je.
Saya pun beli 2 novel Geng ABCDE. Maka lengkaplah koleksi Hlovate saya.
Dalam perjalanan pulang menaiki komuter, saya koyakkan plastik pembalut buku Anthem. Kemudian mula baca. Banyak je bahagian yang sama dekat blog beliau. So, saya skip bahagian-bahagian yang saya dah tahu. Kemudian sambung membaca dalam bas keesokan harinya sewaktu pulang ke UTM. Dan secara kebetulannya juga hari Isnin, jadual kuliah saya memang kosong. Satu hari tu bantai baca novel sambil meniarap, baring, guling-guling atas tilam kat kolej kediaman.
Habis je novel Anthem, saya terus on laptop dan bukak Microsoft Word.
Kemudian saya curahkan semuanya atas papan kekunci.
Perasaan saya. Hati saya. Jiwa saya.
Apa yang saya jangka pembaca akan rasa.
Apa yang Dash rasa.
Sungguh, apa yang Dash lalui tu sebenarnya menggambarkan situasi hidup saya.
Dan bila kita dah pegang satu, rasa susah sangat nak lepaskan.
Sebab ianya terlalu indah. Sebuah ketenangan.
Yang kadang-kadang buat saya terfikir, ramai sebenarnya orang kat luar sana yang mencari Dia.
Cuma diorang tak tahu macam mana.
Lepas tu fikir pulak apa orang kata.
Last sekali takut untuk terima perubahan.
And they'll just go with the flow. Tak boleh resist.
Saya pun tak boleh nak buat apa-apa.
Kalau suruh cakap memang gagaplah.
Saya manusia biasa yang takut dengan banyak benda.
Dan jarang-jarang bersuara, unless when needed.
So, blog ni je la jadi tempat luahan hati saya.
At least, kalau bukan untuk orang lain pun, untuk syok sendiri pun takpe la.
Sebuah review suka-suka yang saya tak pernah jangka akan mengubah hidup saya sendiri.
Saya rasa, saya yang sepatutnya berterima kasih kepada yang tulis buku tu.
Sebab bagi peluang kat semua untuk baca hasil penulisan saya.
Segan tu memang la ada. Terharu pun ada.
Saya ni taklah pandai menulis sebenarnya. BM time SPM pun A2 je.
Tapi saya suka membaca, dan saya suka menulis.
Sebab ni cara terbaik untuk saya 'bercakap' dengan dunia.
Terima kasih Hlovate.
May Allah bless.
~Natural Cure~
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment