Nama saya dipanggil oleh ustazah.
Satu kelas pandang.
Mata saya masih tertunduk ke meja.
Tangan dah genggam penumbuk.
Geram.
"Kan banyak lagi budak2 lain.. Apsal aku sorang je yang selalu kena???"
Mulut berbisik, perlahan.
Mula menghamburkan kata-kata yang tidak sesuai.

Saya berdiri dan berjalan ke papan putih.
Menyambut marker pen daripada ustazah.
Saya tak berapa ingat apa soalannya, tapi saya cukup benci situasi itu.
Setelah menulis jawapannya,saya pulang ke tempat duduk, dan memulangkan marker pen kepada ustazah.

"PAM!!"
Marker pen terjatuh.


"Amboi.. Takut sangat ke sampai tangan menggeletar"

Saya ambil marker pen itu, dan kembalikan kepada ustazah.
Dan pulang ke kerusi dalam keadaan marah.

Saya cukup BENCI subjek Pendidikan Islam pada zaman sekolah.
Kenapa kami KELAS DEPAN perlu belajar Pendidikan Islam?
Kami kan pelajar SAINS TULEN, belajar Sains je lah sepatutnya.

Sepanjang kehidupan saya sebagai pelajar sekolah rendah hingga menengah, saya tak pernah pun ke sekolah agama.
Bukan ibu bapa saya tak mahu hantar, tapi saya sendiri yang tak minat dengan AGAMA ni.
Saya memandang golongan ini sebagai golongan terkebelakang.

Subjek ini juga yang paling saya lemah.
Nak lulus xde masalah sangat.
Malulah kalau pelajar Islam gagal pendidikan islam.

Tapi kebencian saya terhadap subek ni tidaklah sampai saya menghina Islam.
Waktu ni, pemikiran pun tidaklah terbuka seperti hari ini.
Dunia saya hanyalah rumah dan sekolah.

Sewaktu SPM

Entah kenapa, dalam banyak2 subjek, saya rasa sangat tenang sewaktu menjawab Pendidikan Islam. Terasa ada angin sejuk mengalir ke dalam dada.
Pelik sangat.
Sesuatu perasaan yang x dapat saya ungkapkan dengan perkataan.
Sehingga hari ini saya tak dapat lupakan perasaan waktu itu.

Kertas pendidikan Islam sangat "istimewa."


Keputusan SPM
"TAHNIAH!!" jerit Puan Tan.
Saya tersenyum.
Buat-buat tak faham.
Di sebalik timbunan kertas, Puan Tan mencari-cari slip keputusan SPM saya.
"Nah.."
Saya ambil dan baca.
"Satu.. Dua.. Tiga.. Empat.. Lima.. Enam.. Eh, ENAM???"
Punyalah terkejut.
6 A1.
Untuk sekolah menengah harian biasa, 6 A1 pun dah cukup luar biasa.
Lagi-lagi pelajar bumiputera.
Saya "check" subjek yang saya skor.
"English.. Math.. Add Math.. Chemistry.. Physics.. PENDIDIKAN ISLAM.."

Tergamam.
Dalam banyak-banyak subjek, Pendidikan Islam lah yang paling saya tak jangka dapat A1.
Saya membayangkan B atau C je.

Kami pun keluar dari dewan itu, dan bertemu Ustaz Sahrulazmi Sidek.
Beliau merupakan guru kelas untuk kelas sebelah kami sewaktu kami tingkatan 4.
Sewaktu kami tingkatan 5, beliau melanjutkan pelajaran di UKM.

Saya takdelah rapat sangat dengan ustaz ni.
Nak bertegur dan bagi salam pun segan.
Maklumlah, ustazlah katakan..

Beliau melihat slip keputusan saya dan sahabat-sahabat.
"Apa ni.. dapat C jer??" kata ustaz kepada Zainal.
Kami ketawa.
"Tengoklah result dia ni ustaz.. Lagi power daripada kitorang.." kata Zainal.
Saya geram dan tersenyum.
Saya menyerahkan slip kepada ustaz.


"Ha!! Macam ni lah pelajar Islam yang sebenar!!"
Sahabat tersenyum.
Saya tergamam. Memang kena puji habis.

Saya pun bingung.
Nak ikutkan, saya bukannya terer bab agama ni.
Dan kehidupan saya sangat jauh daripada Islam.
Dan saya "terpilih" untuk menikmati kerjayaan ini.

Saya rasa insaf sangat.
Dalam kejahilan, Allah masih menyayangi saya.
Membuka hati ini supaya kembali kepada fitrah.
Bukan convert tapi revert.

Saya mula mencari apa itu Islam.


p.s
Ustaz Sahrulazmi Sidek merupakan penulis untuk beberapa buah buku, seperti Berani Berubah daripada Sebutir Jagung, Guru Jutawan Akhirat, Apabila Haiwan Menjadi Guru, I Love Ramadan dan sebagainya terbitan Karnadya.
Pernah belajar di Jordan, satu zaman dengan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Saya tak tahu pun beliau sebenarnya seorang yang "sangat hebat".

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...