31 Mac 2011

Selepas dipujuk dan dirayu dengan sepenuh jiwa dan raga sambil berguling2 oleh Shah, saya pun setuju.
Setuju apa?
Jadi jurujual kat kiosk FKE.

Eh?
Jurujual?

Jadual hari Khamis saya kosong.
So, memang banyak masa free.
So, saya pun bertugas hari Khamis, dari pagi sampai petang.

Mula masuk kerja pada 8.25 pagi.
Menunggu dan terus menunggu si Shah yang kata nak jenguk saya.
Sampailah pukul 9.30 pagi!
Ish.. Budak ni.. Lambatnya...

Lama2 saya pun terpaksa buka kedai seorang diri.

Mula2 saya study EMT, sementara menunggu pelanggan.
Kemudian, 2 pelanggan Cina pun masuk.
Diorang beli biskut.
Satu paket biskut RM1.30.
2 orang, 2 biskut = RM2.60.

Sambung study.....
Then mak cik cleaner sampai, kata nak topup.
RM10 jer.
Tapi hulur RM100.
Pulak dah.. Awal2 pagi mana ada duit pecah...
Berlakulah kes hutang.
Sejujurnya, saya tak suka hutang-berhutang ni.
Dibuatnya dia lupa @ terlupa bayor, saya selaku jurujual kena ganti.
Tak pasal2..
Tapi, Alhamdulillah, dia ingat nak bayar.

Fotostat
"Tolong fotostat kad matrik, boleh? Depan & belakang."
Saya letak kad matrik.
Tekan ni, tekan tu.
Keluarlah kertasnya.
"Er... Boleh ke ni?". Saya tahan ketawa.
"Boleh jer lah.." kata abang tu
Gambar tu senget.

Ada jugak yang mintak fotostat satu set kertas double sided paper.
Memula kenalah cabut stapler dia.
Cabutan pertama, gagal.
Cabutan kedua, gagal.
Gunakan jari sepenuhnya, dan.......
"Ouch!!" - berdarah.
stapler tertusuk ke jari.
Banyak kali juga terkena "papercut" - kertas tu hiris kulit saya sampai luka.
Suruh fotostat kertas sampai luka2 jari.
Bukannya gi berperang pun.


Binding.
Seorang kakak tahun 3 mintak binding long report.
Berpeluh2 saya guna mesin tu.
Nasib x salah tebuk..
Kali kedua binding, dah master dah... hahahahaha

Print
Seorang amoi datang nak print.
Saya lak bizi layan pelanggan lain.
Dia masukkan pendrive, dan cuba untuk print.
"Tak boleh print ker?" tanya beliau.
Saya tenguk jap.
"Hum.. Tak boleh kot..."
Print tu bermasalah.
Saya xtaw nak repair.
Amoi yang tengah gundah gelana tu pun pulang dengan perasaan hampa ...
Dalam hati saya,
"SHAHH!!!! MANA KAUU!! APSAL KO TINGGALKAN AKU SESORANG KAT SINI!!!"
The first day is the worst day, ever...

Lain2
Kiosk ni juga jual makanan2 ringan.
Ada je yang datang nak beli.
Hari Khamis, saya puasa sunat.
Hari Khamis, saya bertugas.
Bila tengok makanan kiri kanan.. Haizz..
Aku ni boleh tahan puasa ke ni..

Shah datang jenguk pada waktu petang.
Waktu pelanggan memang tak ramai.
Dan kiosk pun ditutup tepat jam 4.30 petang.

Banyak yang saya belajar.
Berdepan dengan mereka yang bergelar manusia.
Ada satu ketakutan yang saya alami sejak kecil.
Disebabkan saya ni memang pemalu, so tugas ni paling tak sesuai dengan saya.
Saya pernah dioffer time sekolah dulu untuk jaga koperasi, tapi saya tolak.
Saya takde keyakinan diri.

So, peluang kedua datang, saya cuba untuk manfaatkannya.
At least, saya menyumbang kepada masyarakat di fakulti.
Daripada tidur jer kat bilik..

2 comments:

sori la der...hehe...sj je kasi ko pengalaman...hehe...
btw...nice job...n thanks!!!
:)

banyakla pengalaman ko... dahlah lambat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...