Saya temui sebuah keluarga yang sangat besar di sini.
Insan-insan yang menerapkan elemen-elemen Islamik dan menyuburkan suasana Islam di bumi Kolej Tuanku Canselor tercinta.
Keluarga inilah yang kami gelarkan sebagai BADAR & KRU.

Selepas setahun bersama....

Tahun 1 menjadi Tahun 2.
Junior menjadi senior.
Adik2 menjadi abang2 dan kakak2.
Masa tetap berlalu.
Dan generasi kini menggantikan yang terdahulu.

Saya sangat berharap momentum Badar & KRU masih dikekalkan.
Supaya generasi seterusnya mewarisi "roh" Badar & KRU.

Saya terfikir.
Apa yang boleh saya sumbangkan kepada mereka?

Satu hari, saya pun check facebook kedua2nya.
"Eish.. sikitnya gambo.. aktiviti bukan main banyak.."
Bukan apa, takut orang kata KRU dgn Badar ni takde aktiviti.

Bukan xde yang amik gambar, cuma xde yang rajjin upload.

Hati kecil saya terdetik,
"Kalaulah aku ada kamera..."

First time saya guna kamera, masa Hari Graduasi sekolah menengah.
1 November 2007, hari Khamis.
Saya jadi photographer x rasmi untuk kelas saya.
Saya tangkap gambar diorang.
Dan saya x muncul dalam mana2 gambar.
Seronok pegang kamera.

Tapi, kamera yang bekualiti bukan murah.
Family saya ada kamera compact (empat segi dan kecil).
Harga mencecah RM1000.
Saya ni pun bukannya kaya.
Takkanlah saya nak mintak parents belikan kamera, kan?
Saya pendam dalam hati.
Nak main kamera pun, main kamera handphone.
Quality - very very low..

Satu petang, saya ikut Munzir dan abang Taufik ke Tasik UTM.
Main DSLR diorang.
Saya tukang bonceng dan tukang bawak beg kamera.
Tapi diorang pun bagi saya main DSLR diorang.
Saya mula kepingin nak ada sebijik DSLR.
Tapi, macam biasalah, mimpi biasanya tingaal mimpi.
Mana nak cari duit, kan?
Kamera compact pun mahal, inikan DSLR yang jauh lagi power.
Kisah ini berlaku pada 11 Julai 2010, hari Ahad.
Hari terakhir arwah abah melihat saya.

Tanpa diduga...
Takdir menceritakan kisahnya.....
Mama pun izinkan saya pergi lebih jauh dalam dunia fotografi.
Empat bulan kemudian, saya mendapat DSLR pertama saya.
Nikon D3100 a.k.a. Miss Ciel.
Ciel bermaksud LANGIT.
Kenapa langit?
Sebab saya sukakan langit.

Dan kelebihan yang saya ada, saya manfaatkan untuk Islam.
Untuk BADAR.
Untuk KRU.

Banyak mintak tunjuk ajar abang Taufik.
Suka jer tanya beliau macam2 pasal fotografi ni.
Menjadi mentor saya secara x langsung.

Saya pun mula berani untuk muncul di hadapan khalayak ramai untuk tangkap gambar.
Biasanya menyorok belakang deme.

Seronok sebenarnya jadi photographer ni.
Saya boleh provide gambar2 untuk slide2 yang abang Aslam buat.
Dapat rekod tarikh dan waktu sesuatu "event" dgn tepat.
Dapat merakam detik2 "indah" bersama mereka. =)

Sebenarnya entri ni nak tunjuk gambar je.
 Alih2 jadi cerita.
Takpelah.
Blog saya.
Bukan blog mereka.

Ini aktiviti Badar + KRU sepanjang sesi 2010/2011 semester 2.
(Mostly KRU. Mungkin program Badar kurang semester ni..)

p.s.
Gambar2 ni dah diedit guna Photoshop.
Supaya warnanya lebih "pop-up" dan "natural".
Tak caye?
Bandingkan gambar2 ni dgn yang dalam fb KRU.
Tona warna yang sangat berbeza.



Annual Grand Meeting Kelab Remaja Ukhwah
14 Januari 2011
, Dewan Astana, S01, KTC




Kayak
12 Februari 2011
S01 - Tasik (belakang Pusat Kesihatan)




Kem Pemantapan Sahsiah Diri
19 - 20 Mac 2011
S01, KTC dan Danga Bay.



Malam Penghargaan Senior Badar & KRU
3 April 2011
Dewan Astana





Semester ini juga merupakan semester terakhir kami bersama Tahun 4...

Abang Izmar
Abang Wafi
Abang Azim Abdul Jamil
Abang Faruqi
Abang Ikhlas
Abang Azim Fahada
Abang Firdaus Abdul Rahman
Abang Arif
Abang Syam
Abang Hilman
Abang Taufik
Abang Kuyi
Kakak Syazana

mesti rindu giler3 kat diorang lepas nie...

. . . . . . . . . .

Saya rasa puas dapat menyumbang untuk Badar dan KRU.
Sekurangnya, saya berjaya menghidupkan "warna"  kedua2nya.

Banyak lagi yang perlu saya belajar.
Fotografi bukan sekadar gambar, tapi merakam sebuah kisah.
.
Inilah hadiah terbaik yang mampu saya beri kepada keluarga ini.
Semoga saya dapat terus menyumbang pada masa akan datang, insyaAllah....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...