Sebelum SPM 2007.
Saya buat keputusan paling besar dalam hidup saya.

Meninggalkan dunia komik.

Dulu saya sangat suka baca komik.
Mula kumpul majalah Gempak pada tahun 2002 (darjah 6) hingga 2007 (Tingkatan 5).
Waktu tu, memang best la majalah tu.
Setiap keluaran saya beli.
Sehinggalah saya tingkatan 5, saya mula berfikir.

Apa yang aku dapat daripada semua ni?

Takde apa...
Khayalan semata-mata.
Dan saya pun berhenti beli, tanpa paksaan mana-mana pihak.

4 tahun berlalu...
Saya pusing2 Tapak Pesta Konvo, dan terjumpalah booth MPH.
Banyak novel grafik atau himpunan komik2 yang pernah tersiar dalam majalah tersebut.

Saya mula rindu suasana zaman sekolah dulu.
Dan saya pun beli dua novel grafik bertajuk Under 18 No Fear dan Under 18 End of Fear karya Zint.
Memang banyak aksi2 gaduh.
Tapi, biasalah, saya kan budak lelaki.
In fact, budak perempuan pun suker jer tengok Dragon Ball, kan?

Bagi saya, kita ambillah apa yang baik.
Tapis sendiri apa yang dihidangkan kepada kita.
Pada saya, kisah Under 18 versi baru (dan plot baru) ni berkisarkan zaman muda kita sebagai pelajar sekolah.

Mengingatkan saya tentang banyak perkara.
Pukul dan tendang budak2 lain.
Kes jenayah.
Gejala sosial.
Meniru sewaktu peperiksaan.
Itulah dunia anak muda kita sekarang.
(Bukan semua. Dan saya tak tergolong pun dalam geng2 ni)

Tapi ada juga sisi baiknya.
Di sinilah anak muda yang penuh semangat dapat berkumpul.
Kerana si muda inilah mampu menggoncang dunia.

Jadi, selepas 4 tahun, saya kembali membaca komik...
Tapi jangan lupa kepada akademik, dan buku2 lain yang bersifat ilmiah.
Komik hanyalah bahan ringan dan sampingan jika dibandingkan dengan buku2 lain.
Tak salah berhibur, asalkan kena pada tempat dan masanya.
Jangan baca komik berjam2 tapi study x sampai sejam. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...