1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga maruahnya)

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya ketika berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya

4 Wanita menghadapi banyak permasalahan, sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suamim dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9.Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

~Hadis~
Daripada Ummu Salamah, isteri nabi SAW, katanya: Aku berkata,
"Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?". Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebihbaik daripada yang batin.". Aku berkata "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning."

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...