Perisitiwa semalam benar-benar meninggalkan kesan mendalam.
Saya lemah.
20 tahun hidup. 1 hari menangis.

Sekurang-kurang saya rasa puas.
Dapat kembali ke situ.
Lihat feri2 berlabuh.
Dapat tengok jeti.
Ada ombak.
Ada bayu.
Suasananya masih sama.


Banyak saya belajar.
Program dua hari (atau 12 jam).
Dan saya masih tak kenal diri saya.
Masih takut dengan diri sendiri.
Pengalaman sebagai pengerusi majlis tak cukup untuk saya berdepan dengan orang lain.

Rasa malu jadi diri sendiri.

Hati saya terluka.
Dicabar terang-terangan.
Dsiindir AJK2 yang lain.


Mungkin dah tiba masanya saya cari sendiri jawapannya.
Kita adalah pemimpin. Sekurang-kurangnya kepada diri.

Buat masa ni, saya tak rasa nak berhubung dengan siapa-siapa.
Identiti Nat Cure akan hilang daripada internet.
Blog ini takkan diupdate untuk jangka masa.

Saya akan kembali apabila saya telah bersedia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...