Dalam perjalanan pulang selepas solat Jumaat dari masjid ke bilik, saya terserempak dengan abang Taufik.
"Petang ni busy?" tanya beliau.
"Tak. Kenapa?"
"Nak tangkap gambar kat tasik?"

Saya tersenyum.
Mestilah nak.
Menimba ilmu daripada senior tahun akhir, yang hanya tinggal beberapa minggu sebelum sem ni berakhir.
Dan lepas sem ni, susah dah nak jumpa beliau.

So, saya pun siap2 dalam pukul 5.45 petang, dan duduk di depan S37.
Dan kami pun bertolak ke tasik.

Ada kenangan lama di sini....
Pada 11 Julai 2010, saya berada di tasik ni pada waktu petang.
Saya ikut abang Taufik dan Munzir main kamera.
Peristiwa inilah yang mula membuahkan minat saya terhadap alam fotografi.
Selepas hampir setahun. saya dan abang Taufik kembali ke sini.
Bezanya, saya dah ada Nikon D3100.

Rupanya, ini ialah perjumpaan abang Taufik bersama sahabat2 beliau yang ada kamera.
Semuanya Nikon belaka.
Kami berkumpul, untuk belajar ambil gambar.
Saya pun sebenarnya tak ambil kelas fotografi yang formal.
Kebanyakannya belajar sendiri.

Dan sahabat beliau, Nazirul membawa prop sendiri, iaitu alat penghasil buih yang guna bateri.
Kami pun tangkap gambar.
Ditambah dengan kehadiran anak2 kecil yang sangat cumil..




Dan matlamat kami semua ialah menangkap gambar Golden Hour.
Apa itu Golden Hour?
Ini ialah keadaan di mana matahari hampir2 terbenam atau tibul di garisan horizon (atau kaki langit).
Biasan daripada langit itulah menghasilkan warna jingga yang sangat jarang kita temui pada waktu selain kedua2nya.
Dan Maghrib pun hampir menjelang, tapi langit semakin biru.
Kami tak dapat tangkap gambar tu..




Dalam perjalanan pulang, kami berdua seronok sakan.
Akhirnya sang suria menjadi sangat jingga, tapi keadaan tempat tidak mengizinkan kami untuk tangkap gamabar tersebut.
So, kami hanya dapat lihat dari jauh, tanpa menangkapnya.

3 comments:

dulu masa muda2 pun selalu outing di sini dengan budak2 yang disebut tu :)

dulu masa muda2 pun selalu outing di sini dengan budak2 yang disebut tu :)

masa muda2 ek? sekarang dah tua yer? hahaha..
by the way, saya x penah pun jumpa atau terjumpa kakak, dan muka pun xtaw camne. tapi kakak jadi legend kat sini. selalu jadi sebutan. abang taufik ada bagitaw identiti sebenar kakak. dan x sangka pulak kita ni satu kampung.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...