Dalam perjalanan pulang selepas solat Jumaat dari masjid ke bilik, saya terserempak dengan abang Taufik.
"Petang ni busy?" tanya beliau.
"Tak. Kenapa?"
"Nak tangkap gambar kat tasik?"

Saya tersenyum.
Mestilah nak.
Menimba ilmu daripada senior tahun akhir, yang hanya tinggal beberapa minggu sebelum sem ni berakhir.
Dan lepas sem ni, susah dah nak jumpa beliau.

So, saya pun siap2 dalam pukul 5.45 petang, dan duduk di depan S37.
Dan kami pun bertolak ke tasik.

Ada kenangan lama di sini....
Pada 11 Julai 2010, saya berada di tasik ni pada waktu petang.
Saya ikut abang Taufik dan Munzir main kamera.
Peristiwa inilah yang mula membuahkan minat saya terhadap alam fotografi.
Selepas hampir setahun. saya dan abang Taufik kembali ke sini.
Bezanya, saya dah ada Nikon D3100.

Rupanya, ini ialah perjumpaan abang Taufik bersama sahabat2 beliau yang ada kamera.
Semuanya Nikon belaka.
Kami berkumpul, untuk belajar ambil gambar.
Saya pun sebenarnya tak ambil kelas fotografi yang formal.
Kebanyakannya belajar sendiri.

Dan sahabat beliau, Nazirul membawa prop sendiri, iaitu alat penghasil buih yang guna bateri.
Kami pun tangkap gambar.
Ditambah dengan kehadiran anak2 kecil yang sangat cumil..




Dan matlamat kami semua ialah menangkap gambar Golden Hour.
Apa itu Golden Hour?
Ini ialah keadaan di mana matahari hampir2 terbenam atau tibul di garisan horizon (atau kaki langit).
Biasan daripada langit itulah menghasilkan warna jingga yang sangat jarang kita temui pada waktu selain kedua2nya.
Dan Maghrib pun hampir menjelang, tapi langit semakin biru.
Kami tak dapat tangkap gambar tu..




Dalam perjalanan pulang, kami berdua seronok sakan.
Akhirnya sang suria menjadi sangat jingga, tapi keadaan tempat tidak mengizinkan kami untuk tangkap gamabar tersebut.
So, kami hanya dapat lihat dari jauh, tanpa menangkapnya.




12 Februari 2011


Entri kali ni TERLEWAT seminggu.
Busy sangat nak update.
(Tapi rajin blogwalking & conteng blog org len. Haha)

Macam biasalah, kat mesej henfon tulis 7.30 pagi berkumpul depan S01.
Tapi start 8.30 pagi jugak.

Kami mula dengan "stretching".



Dan jogging @ berlari2 anak @ jalan kaki @ merangkak @ berguling2 dari S01 sampai belakang Pusat Kesihatan.

Tiba di tasik. Tasik besar, tapi dah ditutup.
Antara sebabnya, pH air terlampau berasid.
Sebarang aktiviti air tak dibenarkan buat masa ni.
Nak tak nak kena pergi belakang pusat kesihatan.











Bila dah ketawa mengilai2 time berjalan, terlupa pulak ada insan-insan bernama wanita nun jauh di belakang.
( Adei.. Terlupa nak amek gambar diorang)
Dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, saya mengundurkan diri ke belakang.
Bercengkerama bawah pokok ala-ala puteri intan payung.





Daun pokok ni sangat chantek..



Dan kami tiba di tasik..
Muka masing2 masam2 masin.
Kenapa?
Tasik penuh dengan manusia lain yang main kayak.
Kalau dah ramai sangat, best ker main?
Takut x cukup space..

Dari jauh boleh nampak muka2 cik Mat macam sedih.
(Pasrah tak dapat main kayak. Hahaha =D)
Kesian..
Jogging jauh2 semata2 untuk tengok orang len men kayak.

Rupa2nya salah tempat..
Tu lah..
semangat sangat..
Ni salah orang yang berjalan kat depan lah ni..
Nanti jap, rase2nya cameraman yang jalan depan.. Erk..

Kami pun mendaki sebuah bukit yang tak berapa tinggi dan tak berapa curam.
Eh, ada tasik atas bukit ni ker?
Ada kabin.
Tapi bukan nak masuk kabin tu, cuma nak amek peralatan berkayak jer.




Muslimat dah mula ceria sikit (dah tak pasrah lagi.. Hahaha)


Kami pun pakai jaket dan ambil pendayung.
(kecuali cameraman sorang tu jer yang takut basah dan takut tenggelam dalam tasik) 

Saya terpaksa jaga camera.
Terpaksa?
Taklah.
 Saya sukarela dan paksarela tak nak main.
Kalau semua turun, sape nak main camera?




Taklimat.



Satu pun nampak susah, abang ni bleh dayung pakai dua pendayung!
Camne dia nak mendayung yer? Pusing2 pakai jari? Wow!!


Abang Izmar pakai jaket untuk main buaian.
Safety first.

Belum masuk air, dah masuk kayak dulu.
Semangat budak2 Tahun 1 ni..
Nak try mendayung kat darat ek?
Pasni bolehlah balik KTC menggunakan kayak kat darat yer..
Bolehlah mintak kat MPM dan HEMA wat tempat parking kayak yang selesa, selamat dan berbumbung sebagai alternatif kepada kenderaan bermotor.
Mesra alam sket.
Harga sticker pun mungkin lebih rendah..

Antara gambar terchanteek..





Luruskan saf. Rapatkan saf.

Saya seberang tebing sana, diorang menghadap tebing sini.
Saya pindah sini, diorang menghadap sana.
Penatlah!
Tak dapat tangkap gambar muka, jangan salahkan saya.
Hahaha..
(sebab tu nampak belakang jer..) 






Dah habis main.
Matahari tegak atas kepala.
Jam 12 tengah hari.




Makan time.






Tangkap punya tangkap, tak perasan yang diri sendiri takde dalam gambar.
Adoyai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...