Seorang lelaki bertemu dengan sahabat Rasulullah S.A.W. bernama Abdullah ibn Mas'ud.
Lelaki itu bertanya mengenai cara-cara untuk menghindarkan kegelisahan.

Abdullah ibn Mas'ud berkata:
"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, ke tempat orang membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.
Kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada Allah.
Ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian.
Jika melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu."

Carilah ketenangan daripada "pemberi" ketenangan.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...