January 4 2014, 8.14 am



Pada mulanya, saya sangkakan filem 'Dilan 1983 - Wo Ai Ni' ialah sebuah lagi kisah cinta daripada Dilan. Kira cinta monyet la zaman sekolah rendah la. Tapi sebenarnya filem ini bukan kisah jiwang pun, tapi filem dakwah! Ya, memang filem dakwah!

Kita dibawa ke tahun 1983 di Indonesia, yang mana Dilan kembali ke Bandung setelah hampir 2 tahun di Timor Timur mengikut bapanya bertugas sebagai tentera. Kemunculan Mei Lien Marry Oey mula menghidupkan aura mat bunga dalam diri Dilan.

Sepanjang filem ini, kita dihidangkan dengan banyak petikan ayat-ayat al-Quran, hadis & nasihat-nasihat dalam Islam. Kemudian dibawa kepada suasana Ramadan & Syawal di Bandung. Kisah cinta Dilan & Mei Lien/Marry ni kecil je sebenarnya walaupun ada perkataan 'Wo Ai Ni' dalam tajuknya. Trailer filem ni pun tak menggambarkan keseluruhan cerita. Jadi, saya mohon penonton jangan menghakimi filem ini sebelum menontonnya.

Ending filem ni memang saya dah jangka la. Cuma ada plot twist di hujung cerita yang membawa kepada ending itu yang membuatkan saya terdiam sebentar kerana pergerakan plot yang terlalu drastik.

Apa yang menarik tentang filem ini ialah pergaulan anak kecil terhadap mereka yang berbeza kaum dan agama. Mungkin Mei Lien satu-satunya pelajar Tionghua dalam batch mereka, atau mungkin satu-satunya pelajar Cina dalam sekolah itu. Dan perbezaan ini yang perlu mereka belajar dan raikan. Uniknya di Indonesia ini ialah semua kaum fasih berbahasa Indonesia kerana mereka diwajibkan untuk bertutur dalam bahasa tersebut dalam kehidupan seharian. Suasana ini agak sukar untuk dilihat di Malaysia walaupun kita sudah lebih kurang 60 tahun menyambut hari kemerdekaan. Dilan pula rajin belajar bahasa Cina untuk mencuri hati Mei Lien/Marry.

Mereka juga belajar untuk saling menghormati agama lain. Hadiah pertama Dilan kepada Mei Lien ialah komik Siksa Neraka. Memang Mei Lien pulangkan baliklah buku tu sebab tak sesuai dengan agama Kristian. Pada bulan Ramadan pula, Mei Lien datang menziarahi Dilan di sekolah yang mengadakan 'pesantren kilat' atau macam kelas agama dan memberi juadah berbuka puasa kepada mereka. Pada waktu sahur, Dilan & kawan-kawannya terjerit-jerit depan rumah Mei Lien untuk kejutkan sahur sebagai gurauan.

Watak Mei Lien ni sebenarnya berkembang di 1/4 bahgian terakhir cerita ni. Tak banyak pun komunikasi antara Dilan dan Mei Lien sampailah di hujung cerita. 3/4 cerita ni lebih kepada persahabatan Dilan bersama teman-temannya sambil disajikan suasana zaman 1983 - aktiviti perjudian, pembunuhan oleh samseng, pemujaan nombor ekor, surat sebagai alat komunikasi, Mick Jagger, Rolling Stones, basikal, dan sebagainya.

Saya suka filem ini sebab dia macam ada vibe filem Tentang Bulan & Mukhsin (filem Malaysia) dan Fan Chan/My Girl (filem Thai).

Inilah kisah Dilan 7 tahun sebelum bertemu Milea & 12 tahun sebelum bertemu Ancika. 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...