Ombak tidak sekuat di pantai.
Tapi suasana di laut cukup tenang.
Sambil bersila, saya tangkap gambar di jeti.

"Kenapa tak nak join diorang?"
Abang Faruqi mendekati saya.

Saya diam.
Mungkin sebab terlalu takut.
Suka-suka nak lari daripada yang lain.

Tapi saya mesti datang ke sini, sebelum hujan.
Mungkin juga ini peluang terakhir.
Saya perlu lepaskannya sekarang.
Perasaan yang saya simpan hampir setahun.

"Dulu saya pernah datang sini. Satu keluarga."
"Oh.. Acap pernah sampai sini.."
"Kali pertama dan kali terakhir arwah ayah ke sini," kata saya perlahan.

Abang Faruqi terdiam sebentar.
"Dahlah.. Kenangan lama.. Lebih baik simpan je.."

Dan abang Faruqi cerita macam-macam.
Dia pernah ke sini, untuk edar risalah pada malam tahun baru.
Remaja berkepit, pegang-pegang tangan, kaki sosial.
Melihat realiti sebenar kehidupan.
Realiti yang tak pernah saya lihat selama ni.

Saya masih terkenangkan arwah abah.
Abah pernah bawa kami menaiki feri di sini.
Mengelilingi sekitar Danga Bay.
Juga kali pertama saya menaikinya.
Nampak Singapura.
Warna air lautnya pun berbeza, tak seperti Pelabuhan Klang, Tanjung Harapan dan Morib.
Barat dan Selatan yang terpisah.

Abah bawa kami sekeluarga menaikinya.
Dan itulah kali terakhir kami berenam menaikinya.

Mata saya mula basah.
Suasana ceria bertukar suram.

Kemudaian Pak Lang datang, cuba untuk pujuk saya ke pentas utama.
Dan kami bertiga pulang ke pentas utama.

"Pak Lang, dulu arwah ayah saya pernah bawak saya ke sini."

"Hum.. Dahlah.. Lupakan je.. Cerita lama ni kadang2 buat kita sedih.."

Tak mudah untuk saya lupakan kenangan ni.


Hujan pun turun sedikit demi sedikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...