"Esok aku nak tengok korang balut buku dengan warna-warna tu, faham?"

Rasa macam budak tadika pulak.
Balut buku dengan warna MERAH, KUNING, HIJAU.
Warna traffic light.

Tapi ni bukan kelas Pendidikan Seni.
Tapi MATHEMATICS.
Pulak dah..
Hari pertama dah buat permintaan pelik2.
Bukan permintaan, tapi arahan.

Saya pun pulang ke rumah, kemudian ke kedai berhampiran.
Beli kertas warna tiga warna.

"Takde warna merah ke?"
"Takdelah.. Ada tu je."

Warna merah tua.
Tapi masih merah kan?
Dan dia nak merah kan?

Malam tu, saya pun balut buku-buku saya.
Ada tiga exercise book, so ada tiga warna.
2 minggu sekali, dia akan mintak hantar.
Kalau hantar merah, buat kat buku hijau.
Hantar Hijau, buat kat buku kuning.
Dan seterusnya, sampai exam.

Esoknya, kami pun ada kelas mathematics.

"Keluarkan buku korang!"

Wah, kasarnya..
Pesan beliau semalam,
"Korang jangan ingat guru2 sekolah pagi ni baik2!"
Hari pertama sekolah pagi, dah kena tengking giler2.
Masa ni tingkatan 3.

Saya pun letak buku atas meja.
Dan beliau pun meronda, siapa yang x balut buku lagi.

Dan berhenti betul2 depan saya.
GULP!

"Kau ni ada masalah mata ker?"

Saya geleng.
Ape hal nie?

Dia ambil buku "merah" saya.
"Class, ini warna apa?"

Sepi.

"Ini MAROON!!" jerit belaiu.

"Maroon pun merah jugak", kata saya perlahan.

"Maroon ialah maroon, tapi aku mintak MERAH!!!"

"Class, ini warna merah ker?"

"Yes..."
kata seorang sahabat.

"WOI! Berana lawan tauke ker??"
Cikgu saya ni Cina, dan perempuan.

Saya dah ketakutan.

Kemudian beliau letak kembali di atas meja.
Dan buat spotcheck kat budak yang lain.

Memang takut betul waktu tu.

************************

Kelas yang sama.
Beliau dah habis mengajar, tentang segitiga.
Saya pun copy paste dalam buku nota.

Sekali lagi, dia datang.
Dia angkat buku saya.

"Buku sebesar ni, tapi lukis segitiga kecik ni jer?"
Beliau julang buku saya setingginya, dan tunjuk ke seluruh kelas.

"Oh, nak jimat duit. Nak simpan duit untuk kahwin.."

Apehal cikgu ni?
Saya geram betul waktu tu.
Macam simpan dendam nak kenakan saya.

Itu buku nota je pun..
Dan saya sorang yang baca.
Tak kisahlah nak lukis besar atau tak.

**************************

Hahaha...
Serius sangat ker?

Nama beliau ialah Puan Tan Beng Puai.
Dan kami merupakan batch paling lama yang pernah beliau ajar.
Dari Form 3 sampai Form 5.
Subjek pun same jer.
Tapi beliau bukan sekadar guru matematik, tetapi ibu kepada kelas kami.

Dan sejujurnya, beliau antara cikgu yang paling best.
Minggu pertama memang gila sikit.
Lama-lama, beliau berlembut dengan kami.

So, sepanjang Form 3 tu, saya masih mengekalkan buku berwarna MAROON.
Tak nak tukar warna merah tanda memboikotnya. Haha.
Tapi untuk tahun2 seterusnya, baru saya ganti MERAH, tanda sayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...