Rabu, 26 Januari 2011.
Selepas tamat kuliah Control 1, Nat Cure pun bergegas ke bilik.
(Kuliah 2 jam dipendekkan menjadi sejam.)
Packing, packing, packing.
Hari Khamis, jadual kosong.
Hari Jumaat, kuliah 1 jam.
Nak pilih yang mane?
Balik rumah lorr...
Sampailah 3.30 petang, saya mandi, dan melawat senior-senior S05.
Hajat di hati nak bersalam.
Saje nak jumpa, sebelum pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina.
Apakan daya.. SEMUA pakat tidur berjemaah.
Hari Rabu, UTM xde kelas, selain Kokurikulum.
Takde kelas, maknanya membuta jelah..
Biar jelah..
Jam 4 petang, saya menelefon teksi, dan tiba di Sri Putri jam 4.15 petang.
Pemandangan biasa di bawah jejantas kat Sri Putri.
Ada Skudai Parade, tapi x penah masuk.
Itu jejantasnya.
Kalau balik UTM dari Klang, saya akan turun bas kat sini.
Langit sangat cerah dan indah.
Jam menunjukkan 4.45 petang.
Jam 5 petang.
Lencun dan lunyai.
Kat tiket tulis 4.45 petang.
Sekarang 5.15 petang.
Dahlah hujan..
Kesabaran sangat2 diuji..
Dan berjaya naik bas.
Bas tu pulak tak ditulis destinasinya kat cermin.
Kenalah tanya pemandunya sendiri..
"Ni ke Klang ye Encik?"
"Ha,ah, ke Klang.."a
Saya suka duduk belakang.
Nampak manusia lain dari jauh..
Bas terus bergerak, dan kelihatan simpang Machap.
Bas pun masuk situ, macam biasalah.
Tapi perjalanan ke restoran Machap tu rase lame sangat.
Nampak kilang tembikar dan kedai jual tembikar.
Tak ingat pulak penah nampak semua ni dulu.
Lepas 10 minit, baru berhenti.
Apsal lama sangat ni?
Jam 7.05 malam.
Eh, nape berhenti sini ni?
Kan biasanya dia berenti kat Machap..
Pemandu pun berdiri, dan berkata,
"Kita berhenti kat sini 30 minit."
Penumpang buat muka terkejut.
"Ini restoran Cina nih.."
"Yang kat Machap tu dah ditutup. Kami singgah tempat baru."
"Yang ni, bosnya je Cina. Tukang masuknya Islam. Pekerjanya daripada yang kat Machap dulu."
Mari explore restoran ni..
Ada macam2 makanan.
TETAP SANGATLAH MAHAL.
Saya beli Cheese burger.
Ada roti, ayam seketul, telur dan keju.
Teka berapa ringgit?
RM 6.00 sahaja.
Terbeliak tengok harga makanannya.
Burger biasa ~ RM5.00.
Mi goreng, nasi lemak, etc ~ start dengan RM5!!!
Roti canai ~ RM2.60.
Adoyai....
Bas yang saya naik.
Bas transnasional.
Teknik yang abang Taufik ajar.
Oh.. Baru ingat tempat ni..
Saya pernah masuk sini tahun lepas, yang kebetulannya dah genap setahun.
Cuba teka, restoran tadi sebenrnya kat mane?
Ada kat kawasan tembikar, maknanya kat Ayer Hitam..
Bas pun bergerak ke lebuh raya.
Dan tibalah di Shah Alam..
ini ialah i-City.
Banyak pokok2 menyala kat situ.
(Lampu je, bukan pokok pun..)
Sampai kat klang pukul 11 malam.
Tiba di rumah jam 11.30 malam.
Dan cuti 11 hari bermula!