Daun-daun tak bergoyang.
Tiada  langsung angin yang bertiup..
Jam dah pukul 11 malam.
Tapi masih terasa bahangnya.

Kalau dulu, saya nak keluar dari blok je, mesti pakai sweater.
Badan saya yang kecik dan terkurang lemak memaksa saya memakai pelindung.
Saya sangat takut SEJUK.
Rasa iri hati dengan insan bertubuh besar.
Tapi malam ni saya keluar ke kedai Azah dengan lengan pendek je.

"Apa ye nak buat malam ni?" tanya diri saya.
Tangan masih pegang batang aiskrim.
Makan sebab nak hilangkan kepanasan.

Saya pun pulang ke bilik.
Kemudian ternampak bilik S05 masih menyala lampunya.

Dah lama tak jenguk senior.
Saya pun sibuk sangat kat bilik.

Saya pun ziarah bilik2 diorang.
Malam ni saya banyak bersembang dengan Abang Izmar.
Beliau dah habis exam.
Dan sedang main PES.
Tengah siapkan draft untuk PSM.
Kena jilidkan. Dan macam2 lagi.

"Sem depan kitorang dah takde dah kat sini." kata abang Izmar.
Saya diam.

"Saya pun mesti rasa sunyi sikit.."

Antara coursemate, kawan2 sebaya dan lain2, saya rasa saya cukup melekat dengan senior.
Saya kenal diorang sejak diorang Tahun 3.
Hampir 2 tahun berlalu.
Dan tinggal seminggu sebelum ucapan "Selamat Tinggal" diungkapkan.


Kalau sayangkan helang, bebaskanlah ia daripada sangkar.
Supaya ia berani untuk terbang tinggi.
Biarlah ia berkuku tajam, agar ia dapat menjadi pemangsa yang cukup digeruni.
Berdikari tanpa terus mengharap belas ihsan manusia.

Kalau sayangkan seseorang, relakan ia pergi.
Andainya dirinya terus "bersantai" bersama kita,
lemahnya dia tatkala ummah memerlukannya.
Biarlah mereka menabur bakti kepada masyarakat.
Kerana di situlah telaga ilmu bakal dicurahkan.


Semoga bertemu lagi, senior-senior sekalian...

p.s.
tiada gambar.
Terlupa bawa Miss Ciel (Nikon D3100).

10 Mei 2011, Selasa

Lama tak naik balai cerapan.
Kalau tak salah, kali terakhir naik, masa X-Factor KRU.
Bulan Julai atau Ogos tahun lepas.


Kenapa tiba-tiba panjat bukit ni?

Ada "assignment" yang diminta oleh "seseorang".
Beliau meminta saya tangkap gambar matahari terbenam atau "sunset".
Siapa beliau?
Tentulah jiran sekampung saya, kakak Violet Biru.

Ada part yang agak kelakar...
Kalau ikut teori, nak tangkap gambar sunset, kena pergi tempat tinggi.
Sebab, kat situ, sudut matahari nampak lain sikit berbanding kat bawah.
Pemandangan pun cantik.

Saya pun panjat bukit ni setinggi2nya.
Hasilnya?


Ini gambar matahari, di BARAT.
Cuba bayangkan, matahari akan terus terbenam, dan terbenam, dan terbenam....

Boleh nampak ke matahari terbenam?
Tu lah pasal..
Pokok menghalang pandangan..
Tapi takkanlah nak tebangkan..
Silap diri sendiri.
Salah pilih tempat.
Hakhakhak.

So, alang-alang dah sampai atas ni, kita explore tempat ni..
 Nampak tak menara kat atas ni, yang sebelah kiri matahari?

Saya panjat.



Nampak tak bayang-bayang manusia?
Itu saya.

Bila dah ada kat atas tu, tetiba je kaki menggigil.
Menara ni takdelah tinggi sangat.
Tapi bukan main takutnya bila dah pijak kat lantai atas tu.

Tangan kiri saya tak berhenti pegang palang.
Takut jatuh.
Waktu tu barulah saya tahu yang saya takut tinggi.


Saya pun turun bukit sebelum Maghrib.

p.s.
k.VB, x dapat gambar best la hari ni.
Tapi awan time Maghrib memang cantik.
Ada merah, biru dengan ungu.
Cuaca sini pun bukan main panasnya.
Tempias fenomena Ribut Tropika Aere.



9 Mei 2011, Isnin

Rasa seronok sangat hari ni.
Kenapa?

Pertama:
Paper Control I - boleh jawab, kebanyakannya.
Saya ada rasa yakin sikit nak menjawab, berbanding paper EMT. HAHAHA.
Berkat doa mama, keluarga, guru2, pensyarah dan sahabat handai.

Kedua:
Saya dapat berjumpa dengan pensyarah "faveret" saya tyme kat matrik dulu, iaitu Puan Nurnaim Mahmud.
Jumpa kat Facebook je la..
Tapi itu pun dah cukup untuk buat sayarasa puas, sebab dapat berhubung semula dengan guru lama saya.
Nombor henfon ada, tapi x berani nak hantar mesej.
Takut beliau sudah lama terlupa.
Guru dan pensyarah kan memang ada ramai anak murid.
Sebut nama sorang2, memang x berapa ingatlah.

Fizik ialah subjek yang paling saya suka sepanjang zaman.
Mengalahkan cinta saya terhadap Matematik, Add Math dan Kimia.

Apa yang best tentang beliau??

Beliau merupakan bekas mahsiswi Fakulti Kejuruteraa Elektrik, FKE.
(Sama macam saya)

Duduk kat Kolej 6.
Satu tahun sebelum graduate, namanya bertukar kepada Kolej Tuanku Canselor, KTC.
 "sempena sultanah zanariah mai rasmi kolej n program Astana."
(GULP! sama lagi...)


"Saya join Badar dengan KRU kat sini." kata saya.
"Oh.. saya pun Biro Kerohanian jugak. Keje kami tangkap couple la.."
(SAMA LAGI! Hahaha)


Rupanya, saya berjumpa dengan senior Badar sendiri.


Hari ni start la kemasukan tahun 1 ke matrik2 di seluruh negara.
Dan beliau juga mula bertugas sebagai pendidik anak bangsa untuk pelajar 2011/2012.

Terima kasih, Puan Nurnaim Mahmud.

9 Mei 2010, Ahad


Harii ini saya dan abah ke kedai elektrik di Klang.
Kedai tu kedai lama.

Mungkin kedai ni wujud sejak abah sekolah menengah.
Tempatnya tak jauh dari jambatan Sungai Klang.

Selepas parking Avanza, kami masuk ke kedai.
Tauke kedai tanya apa yang abah cari.
Abah mintak macam-macam bahan untuk "wiring".
Abah nak pasang kipas siling kat rumah.

Kipas siling jauh lebih tahan lama daripada kipas yang boleh dialih.
Kami pun banyak kali bertukar-tukar kipas kat rumah.

Abah ialah juruteknik.
"Wiring" memang salah satu kelebihan beliau.
Boleh kata semua "wiring" kat rumah tu beliau yang buat.

Kemudian saya tolong angkat kipas dan paip2 wayar ke dalam Avanza.

Hari ini juga merupakan Hari Ibu.

Lagu-lagu bertemakan ibu kian berkumandang di radio.

Tak lama kemudian, lagu Untukmu Ibu oleh Mamat Exists dimainkan.


Kami dalam perjalanan untuk ke kedai jam.

Sebaik sahaja berhenti di depan kedai jam, aku nampak abah menangis.
Lagu Untukmu Ibu masih dimainkan.
Tangisan seorang lelaki, banyak ertinya.

Barangkali, beliau teringatkan arwah opah.
Atau, teringatkan mama.

Memang susah nak tengak bapa sendiri menangis.

Saya keluar dari kereta, dan pergi ke kedai jam.
Abah ke kedai repair air-cond kereta.
Saya diminta untuk memilih jam di kedai tersebut.

Banyak sangat pilihan, saya tak tahu nak pilih yang mana.

Akhirnya abah muncul, dan survey jam di situ.
Saya memang tak pandai tawar menawar.

Kemudian, seutas jam dibeli.
Kami pun pulang ke rumah.


Di rumah, kami memberikan kek kepada mama.
Kami anak-beranak beratur untuk bersalam, dan mengucapkan "Selamat Hari Ibu".
Sebaik saja bersalam, saya terus menuju ke hadapan televisyen.
Sambung main game di laptop.
Kek itu, secubit pun tidak saya sentuh.
Kenapa?

Saya ego.
Tak suka menunjukkan yang saya menyayangi seseorang.
Tak suka orang lain tahu apa yang ada di hati.
Saya lelaki, dan ego saya besar.


Sebenarnya, semua ahli keluarga saya menyambut hari ibu setiap tahun.
Kecuali saya seorang.




Dan ego itulah yang memakan diri saya sendiri.
Saya hanya menyedarinya selepas kehilangan orang tersayang.
Perlahan-lahan, ego itu runtuh.
Sekaligus mendidik diri agar menyayangi mereka yang sentiasa berada di sisi.


Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada semua ibu.

~69 hari lagi~

(Baca lagi..)

"Iqa ada jumpa As akhir2 ni?" tanya mama.

"Takde pun. Kenapa?"

Iqa ialah sepupu saya di UTM.
Kakak beliau baru saja melangsungkan perkahwinan.

Saya tidak pulang ke kampung minggu lepas.
Terpaksa fokus untuk kertas2 seterusnya.

"Mama mintak dia hantarkan barang untuk As."

Wah!!
Seronoknya dapat barang dari kampung.
Tapi, barang apa???

4 Mei 2011

Wah!!
Makanan!! Haha.. Stok seminggu kot.. haha.
Terima kasih ye mama.. Dan Iqa sekali.. Haha.


bersepah.. malas nak kemas, takut bersepah balik. haha

nyum2..

"Ok. You can start now."

Kami mula buka kertas soalan Numerical Methods.

Muka Pertama - nama subjek, bilangan soalan, nama pensyarah, etc.

Muka kedua - soalan2.

Saya tercari2 formula.
Selak punya selak...

"Hah, jumpa!"

Formula ada di belakang kertas soalan.
Saya terus cabut formula dari kertas soalan.

PAP!!

Formula pun terpisah dari kertas soalan.

"Alamak, stapler pulak terkeluar."
Saya cuba betulkan stapler di kertas tersebut.

PAP!

Saya terjerit perlahan.
Tengok jari. Ada dua lubamg kecil.
Stapler cucuk jari saya.

Saya pun terus lipat kaki stapler dan jawab soalan.

Seketika kemudian...

"Eh, apesal kertas ni banyak warna merah?"

Terkejut.
Saya tengok jari saya.

"Ya Allah!!!"

Jari saya berdarah.

DAN SAYA SANGAT FOBIA DENGAN DARAH.

Ada peristiwa silam yang buatkan saya cuak dengan darah, sampailah hari ini.

Satu badan menggigil.
Dari kaki sampai kepala.

Saya pun jawab kertas tersebut dalam keadaan luka.
Ada beberapa tompok darah mewarnai kertas jawapan.

Kertas yang agak menakutkan.
Alhamdulillah, darah pun berhenti sebelum kertas soalan tamat...

19 April 2010, Isnin.

From: Abah 012
19-Apr-2010
23:14
"Dah naik bas?"

Abah tanya saya dah naik bas atau belum.
Saya masih berdiri di stesen minyak Shell Sri Putri.
Menanti bas Transnasional untuk pulang ke Klang.
Kebiasaanya, bas akan tiba jam 12 pagi, walaupun waktu yang tertulis di tiket ialah 11.15 malam.

Kertas peperiksaan saya berakhir pada tarikh ini.
Dan saya memutuskan untuk pulang pada hari yang sama.
Petang itu, saya "packing" barang-barang, dan bungkus dalam kotak.
Kemudian meminjam kereta kancil kakak Asma.
Abang Fadhlul Wafi yang pandu.
Kotak2 ini dibawa ke S42 - sebab stor S42 buka petang.
Pagi itu saya ada kertas.

Bas pun tiba lewat, seperti biasa.
Saya masukkan beg ke dalam ruangan bawah bas.
Saya tahu, sebaik saja saya naik bas ini, saya takkan kembali ke Selatan, sehingga 83 hari berikutnya.

Dan percutian 83 hari saya pun bermula.

~89 Hari Lagi~



20 April 2011. Selasa.

Maka, tamatlah kisah saya sebagai Mahasiswa Tahun Satu 2009/2010.

Saya menaip mesej.
"bas saya dah bertolak.
dua sem kat sini, rasa happy sgt.
rapat dgn senior2 drpd classmate sendiri.
:)
jumpa lagi semester akan datang..
Ashraf Bin Nazlan"

mesej ini dihantar kepada 10 senior yang paling rapat dengan saya.

Senior2 meminta saya untuk rapat dgn kawan2 sebaya lain.
Sebab, bila diorang dah graduate, sape lagi sahabat yang saya ada?
InsyaAllah, saya akan lebih "friendly"..

Bas pun bertolak menyelusuri jalan yang diselebungi gelap malam.

*****

"Abah, As dah sampai Shah Alam"

"Ok. Jap lagi abah sampai."

Abah kerja malam.
Baru saja tamat kerja.
Beliau pulang ke rumah sebentar untuk tidur.

Abah datang bersama Avanza.
Jam sekitar 4 pagi.

Dan kisah ini saya sambung di sini.

~88 hari lagi~



2 Mei 2010, Ahad

Pagi itu abah hantar saya ke sekolah memandu.
Ada gerai jual nasi lemak di hadapan sekolah tersebut.

"Nak makan nasi lemak tak balik nanti?"
tanya abah.

"Tak."
jawab saya.
Selamba.
Sambil membuka pintu.
Dan tutup.
Selamba.

Satu perkara yang saya rahsiakan dengan semua orang:
Saya sangat bersifat DINGIN terhadap abah.
Di dalam rumah.
Di luar rumah.
Kadang2 terasa beliau seorang yang sangat asing bagi saya.
Secara jujurnya, ada sedikit rasa benci.
Puncanya, ada kaitan dengan masa silam saya.
Bahagian ini, biarlah saya simpan untuk diri sendiri.
Yang pahit, saya tak mahu kongsi.

Mood saya tak elok pagi itu.
Perut meragam.

*******

"Abah, As x boleh beljar hari ni. Sakit perut."

From: Abah 012
02-May-2010
08:07
"Ok, abh dtg"


Saya minta abah ambil saya di hadapan sekolah memandu, seawal 8 pagi.
Saya tak dapat belajar motorsikal pada hari itu.
Perut saya sangat sakit.
Sehari sebelum itu, mama masak sambal sotong.
Tapi cilinya terlampau pedas.
Satu rumah perut meragam.

Saya cuba untuk mendapatkan lesen motorsikal pada cuti kali ini.
Sebelum matrik lagi saya dah ada lesen P untuk kereta.
Lesen motor je takde.

Abah pun nampak beria-ia mengharap saya lulus.
Kenapa?
Cuma lesen motorsikal je.
Takde ape yang istimewa.

Abah tiba dengan Avanza, dan bawa saya pulang.

~76 Hari Lagi~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...