Menggeledah folder2 lama dalam laptop, terjumpalah semua ni..
Kisah-kisah di sebalik hasil kerja saya...
Setiap satunya ada seribu cerita..
*****
Kempen Budaya Endah 2010
"Kerana Sayangkanmu"
28 Februari - 6 Mac 2010
Warna
Merah dan Ungu
___________________________________________________________________________
"Warna temanya nak warna apa?" tanya saya.
Semua berfikir. Dan keadaan jadi senyap.
"Hum.. Ungu.."
kata seorang muslimat. (Pengarah rasanya)
"Ungu dengan...?" tanya saya lagi.
Keadaan jadi senyap.
"Merah!" kata saya.
Kenapa merah? Sebab, mengikut tema program iaitu "Kerana Sayangkanmu", saya terbayang bentuk hati. Dan bila terbayang hati, mestilah merah.
Edelin dan Atikah tersenyum sambil membandingkan pakaian baju mereka.
Mereka berdua masing-masing memakai pakaian ungu dan merah.
Idea kami diterima.
Juga ada campuran 3 warna primer - merah, biru, kuning.
Simbol
Hati
____________________________________________________________________________
Telah dinyatakan di atas.
Perkataan SAYANG sangat sinonim dengan bentuk hati.
Background
___________________________________________________________________________
Sebnarnya gambar hati kat belakang (wallpaper) berwarna hitam.
Malam confirm tak nampak.
Saya yang design, saya jugak yang reject.
Apesal ye saya pilih warna hitam?
(Hati dan hitam?)
Sebab game Kingdom Hearts (PlayStation 2)
(one of my favourite game)
Asalnya nak buat macam ni. Tapi nampak semacam je...
Lain-lain
______________________________________________________________________________
Tarikh di atas terpaksa dibetulkan, dengan menampal kertas pink di tarikh.
Perubahan saat-saat akhir
Banner ni nampak comotlah..
Maklumlah, hasil kerja pertama..
Tapi inilah pintu yang membuka lebih banyak jalan untuk saya pergi jauh.
******
Ihya' Ramadan 2010
"Ramadan Dinanti Pengorbanan Dihayati"
9 Ogos 2010 - 3 September 2010
Bertugas sebagai seorang ketua, peranan dan tanggungjawab saya lebih berat.
Lagi2 bila x cukup masa dan x cukup tangan.
CANTIK TAK BANNER NI?
I love this one soooo muchhh!
Tema
MALAM
__________________________________________________
Program ni bulan Ramadan.
Dan saya mula terbayang Lailatul Qadar.
Saya pun pilih tema malam...
(Asalnya berwarna merah dan jingga, iaitu SENJA, tanda berbuka puasa.
Tapi saya nak sesuaikan dengan keadaan semasa dulu. Saya mungkin akan guna idea ni untuk program akan datang.)
Warna tema
Biru, Ungu, Kuning
_____________________________________________________
Ada apa ye warna ni?
Saya tertarik sangat dengan warna ni.
Waktu ni, saya main game Kingdom Hearts II (PlayStation 2).
Game tu sebenarnya banyak bagi pengaruh kepada saya untuk design poster dan banner yang lain.
Keunikannya menjadi inspirasi.
Dan warna tersebut sebenarnya berasal daripada sejenis senjata yang dipanggil Keyblade bernama OATHKEEPER.
Malas nak cerita panjang pasal keyblade ni..
Lain-lain
Effect GLOW antara benda best dalam banner ni.
Macam gold dust.
Nampak shiny. Haha.
******
Majlis Perasmian Program 3J &
Garden Talk: Love is Cinta
16 Oktober 2010
BADAR dan KRU tak tahu pasal ni.
Sebab ni bukan program UTM!
Yup, ini ialah program UTHM.
Nape saya tibe2 wat banner untuk program UTHM?
Pada cuti raya yang lepas, saya "dilamar" untuk membantu seorang sahabat menyiapkan banner program dia.
Dia kalut waktu tu, dengan macam2 masalah birokrasi, AJK, etc.
Dipendekkan cerita, selepas menatap skrin laptop ni selama 8 jam, terhasillah banner ni..
Tema
Garden ~ Taman
_____________________________________________________________
Ada rumput, rama-rama, pokok, bunga dan cherry blossom ataupun sakura.
Sakura??
Nanti saya cerita kenapa..
Warna
Hijau dan Merah
_______________________________________________________________
Hijau ~ Garden
Merah ~ Love
So, memang berkaitlah...
Idea asalnya, saya nak buat sebuah "taman yang ada banyak pokok bunga yang bleh keluarkan bunga bentuk hati"
ade ke kat dunia nyata ni?
Jawapannya : ADA.
Bunga Heartbleed.
Tapi, macam biasalah, kekangan masa.
Saya terpaksa reject.
Warna biru dalam bulatan tu melambangkan kolam.
(Kolam kat tamanlah..)
Rama-rama
Sebab rama-rama penyeri taman.
Sakura
Bunga ini dikaitkan dengan kasih sayang ataupun "emblem of love".