30 Ogos 2010
Isnin

8 pagi

Mata membengkak.
Kemudian kuyu..

Telinga mendengar kuliah oleh pensyarah.
Tapi kepala tersengguk-sengguk..

Kembali melihat nota, yang ditulis oleh tangan sendiri (ketika mengantuk)

....

....

Tulisan cakar kucing. Banyak sangat huruf 'W'.
Tak boleh baca.

Tersengih.

Saya terlena dalam kelas seawal 8 pagi.


9 pagi

Bergegas ke surau fakulti.
Bukan untuk solat Dhuha.
Ataupun membaca al-Quran, mahupun study.

Tarik sweater, tutup muka.

Zzzz....

Kembali syahid jam 9 pagi.








Punca kejadian:

Sabtu

Pagi
Rewang di Masjid Intan Abu Bakar.
Kupas kulit keladi/keledek (tak pasti mana satu)
Potong daging.
Kemudian buat pamplet untuk program iftar eksklusif pimpinan kolej bersama pihak pentadbiran.
Orang lain rewang di dapur, saya buka cybercafe dalam masjid.
Bersengkang mata depan skrin.

Tengah hari
Siapkan pamplet.
Curi-curi tidur di bilik.

Petang
sambung siapkan pamplet..
Fotostat di Meranti.

Hidang makanan
dan berbuka

Malam
Terawih
Tolong abang Fahmin kemas-kemas peralatan masjid.
akan dipulangkan keesokan hari.

SANGAT PENAT


Ahad

Pagi
Study Electrical Technology.

Tengah hari
Turunkan khemah.
Ke Politeknik JB bersama ahli-ahli KRU yang lain.
Saya teringin nak berjalan-jalan dengan ahli KRU yang lain (dan Badar).
Sebab saya jarang keluar bilik sebenarnya.
Kalau tak ikut, entah bila dapat keluar sama-sama lagi..

Petang
Bersosial.
Sebab dah lama tak bersosial.
Saya memang jenis macam ni, mungkin pelik bagi anda.
(Duduk depan masjid, dan bersembang dengan senior)

Malam
Berbuka, terawih 8 rakaat, study.
Pulang ke UTM.
Tidur.
Tak pergi hisbah pun.

SANGAT SANGAT PENAT


Dek kerana tak cukup masa mengulangkaji, saya terpaksa korbankan waktu tidur.
Sepanjang waktu ni, memang keletihan..

Alhamdulillah, Test Electrical Technology telah berlalu..
Rasa hilang semua beban..

Tinggal satu lagi test, Electronic Devices pada Jumaat ini, jam 3 petang.

Bagi saya, "tekanan" ni menjadikan saya kuat.
Semoga saya mampu tangani lebih banyak tekanan mendatang.



Tak sabar nak pulang.
Nak salam tangan mama.

Sampai je sana, saya nak ziarah abah.

Hidup ni terasa singkat.
Sibuk dengan dunia, sampai kadang-kadang terlupa kita ni hanyalah hamba-Nya.

Tak lami lagi, kita pula akan menyusul.
Kematian itu pasti.

Kematian juga ialah tidur..
Kerana akan kita akan kembali "dikejutkan" satu hari nanti.

4 comments:

This comment has been removed by the author.

Salam :)(to adik kru)
Life is about a climb...
mendakilah sampai ke puncaknya sebab Allah dah sediakan pemandangan yang indah untuk kita syukuri nikmat yang DIA sediakan.....k...be strong..

setelah menghayati lagu the climb(miley cyrus)...
PUT OUR TRUST on ALLAH S.W.T

ttbe2x ade trselit rasa bangga buat adik akk nie..di akhir post ade smacam bau2x pemikiran y sudah semakin matang. Tahniahhhh. teruskan usaha brlipat kali ganda. Ini y kami mahukan. hehehe =)

(blushing..)
saya sekadar menulis apa yang terbuku di hati, jantung dan limpa.. (pinjam ayat kakak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...