Abah menjemputku ke dalam kereta, dan pandu.

Aku dalam perjalanan pulang ke rumah, selepas menaiki bas dari UTM.
Entah apa yang aku bualkan dengan abah, aku tak ingat.

"Allahuakbar! Allahuakbar!"

Aku terjaga. Rupa-rupanya aku dibuai mimpi.
Mungkin aku keletihan, dan tidur selepas sahur.
Entah macam mana, terasa dekat sangat dengan abah..

Hakikatnya, abah dah takde lagi untuk menemani hidupku.
Inilah realiti. Kadang-kadang terasa kejam.
Hatiku tak habis-habis dirobek.

Terlalu banyak yang aku kesalkan..

Inilah realiti.


Dalam solat terawih, nampak muka abah je.
Tak khusyuk lansung hari ni.

Benar, kata orang, jiran-jiran boleh tengokkan keluargaku.
Saudara-mara pun ada.
Ada sahaja kuih-muih dan wang yang dihulurkan kepada kami.

Bukan itu yang aku risaukan.
Bukan material yang aku fikirkan.

Tempat abah, tiada siapa dapat ganti.
Duit ialah duit.
Tapi abah ialah abah.

Aku nak pulang..
Aku nak tengok Mama, abang Am, Annas dan Anis..

Kalaulah aku sempat pulang nanti, adakah kami masih berlima?
Sanggupkah aku menerima khabar perginya seorang lagi ahli keluargaku..

Aku nak pulang..
Aku nak jumpa semua..
Takut tak sempat..

Setiap detik, kita lebih dekat dengan kematian..

Kepada semua pembaca,
seandainya anda mengenali saya,
dan saya pernah bersalah dengan anda,
saya mohon seribu kemaafan..

Abah.. As minta maaf..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...