Sekitar bulan April 2008, jam 12.40 tengah hari.
Dek kerana bosan, saya terus membuka televisyen.
Rancangan Wanita Hari Ini di TV3.
Ada sesi temubual bersama pelakon sebuah filem.

Filem apa ni? Tak pernah lihat pun pelakonnya.. Barangkali dari seberang.
Kemudian keluarlah trailer filem tersebut - AYAT-AYAT CINTA.

Saya tersenyum. Tiada tajuk lainkah?
Bunyinya jiwang sangatlah..

Hati saya tiba-tiba terpaut untuk terus menonton sesi temubual ini.
Pada akhir rancangan itu, video klip lagu terbaru Rossa dialunkan.

Saya mula melayari internet, dan cari lebih banyak maklumat tentang Ayat-Ayat Cinta.
Merupakan hasil novelis Habiburrahman El Shirazy. Nama yang sangat asing bagiku.
Pada zaman ini, saya suka bahan bacaan Inggeris.
Jarang-jarang baca bahan bacaan Melayu.

*****

12 Ramadan 1429H.
12 September 2008.
Jumaat
Alor Setar.

Saya berjalan-jalan di sekitar Alor Setar, sewaktu zaman matrikulasi.
Kemudian singgah ke kedai buku Popular.

Saya dan Bilal berjalan ke arah rak buku bahasa Melayu.
Saya pun tersenyum lebar.

Sebuah buku merah jambu, dipenuhi bunga ros di kulitnya.
Tulisan tajuknya berwarna biru.

"Hang baca buku camni ka?" tanya Bilal.
"Belum pernah.."

Kemudian Qayyuum pun datang.
"Wei.. Tolong carikan buku AYAT-AYAT CINTA.. Orang cerita buku tu best.."
Dia tidak sedar tanganku sedang menggenggam buku tersebut.

Qayyuum terkejut.
"Tak sangka kau pun baca buku camni.."

Kami berdua beli buku tersebut.
Dan saya terus membacanya.

Hampir sepanjang waktu saya habiskan untuk baca novel ini.
Sebenarnya, inilah novel islamik pertama dalam koleksi saya.
Mengisahkan tentang kesucian Islam dan amalannya dalam kehidupan seharian.
Watak Fahri dilihat begitu sempurna mengamalkan Islam, tidak goyah walaupun pelbagai dugaan menghalang.

Dan bahagian yang paling menarik ialah percintaan dalam Islam.
Aisha "melamar" Fahri, dan hasil istikharahnya, mereka bernikah, dan kisah romantis mereka mula mekar.

Di hujung kisah tersebut, saya menangis.
Akhirnya Maria temui cintanya, dan juga cinta kepada Allah.

2 Ramadan telah berlalu, dan saya masih teringat kisah ini.
Pada pandangan saya, novelnya lebih baik daripada filemnya.
Kerana filemnya hanya mengadaptasi 80% kisah asal, dan 20% agak mustahil untuk dilakonkan kerana seakan-akan sebuah "mimpi", menurut pengarahnya.

Saya mula membaca lebih banyak karya-karya islamik, seperti Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2, Salju Sakinah, Warkah Cinta Berbau Syurga, Tautan Hati dan Bumi Cinta (juga daripada Habiburrahman El Shirazy).

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...