Hampir habis packing.

Tinggal sedikit sahaja.

Akan bertolak keluar dari bilik jam 10 lebih, dan menunggu bas jam 11.15pm.

Kembali terkenang kisah awal semester..

Minggu pertama, kejadian yang sangat mengejutkan.
Tak sampai seminggu semester bermula, saya terpaksa pulang.
Mama, abang Am, Annas dan Anis memerlukan saya.

Saya sempat melambai abah sewaktu di hadapan S10.
Cuba untuk senyum.
Tak sangka, lambaian terakhir aku kepada abah.

Dia juga pernah menghubungiku keesokannya.
Cuba berbual seperti biasa.
Tak sangka, kali terakhir dengar suaranya.

Kuliah 3 hari, dan pulang pada keempatnya.
Sahabat-sahabat menghantar mesej, supaya abah cepat sembuh.
Dan memohon kami diberi kekuatan.

Mama berkali-kali menelefonku supaya pulang segera,
walaupun saya sedang berada di dalam bas.
Hati ibu mana tak sedih.
Anak kesayangannya jauh merantau.
Dan ibunya memerlukannya.

Terkejut dengan kenyataan doktor." Hanya menunggu masa."
Namun abah kembali stabil, walaupun lemah.
Cahaya harapan mula bersinar. Doa dipanjatkan sebanyak-banyaknya.
Tapi, Dia lebih sayangkan abah.

Belum genap seminggu saya pulang ke UTM, saya menyaksikan pengebumian ayah saya.
90 hari bercuti dirumah, ditambah 5 hari.
Saya dapat cuti tambahan.

Pernah terbayang sebelum ini,
apa akan berlaku kalau ada sedara mara meninggal?
Saya akan dapat pulang. Saya akan ada sijil kematian.
Seronoknya cuti. Kadang-kadang bosan ke kuliah.

Tapi, dalam situasi ni, saya tak rasa seronok langsung bercuti.
Percutian yang dipenuhi kemuraman dan tangisan.
Kepahitan yang terpaksa ditelan seumur hidup.

Esok, saya nak ziarah pusara abah.
Nak lepas rindu.
Nak banyakkan doa.

Saya dah banyak berdosa kat abah.
Ada perkara yang saya tak sempat beritahu abah.
Saya tiada kekuatan untuk memberitahunya.
Kerana ilmu yang cetek.
Ilmu agama yang sangat cetek.

Sekarang saya sedar, kenapa saya dihantar ke utara,  dan ke selatan.
Untuk mencari sebuah cinta.
Cinta kepada-Nya.
Hidup saya bukanlah seperti yang anada bayangkan.

Saya membesar dalam suasana kurangnya penghayatan Islam.
Saya bukan keturunan ustaz dan ustazah.
Saya akui, saya jauh daripada Islam.

Saya kenal apa itu Islam di utara. Kembali mencarinya di selatan.
Tapi, saya simpan untuk diri saya.
Sekarang, saya rasa bertanggungjawab terhadap keluarga.
Saya mahu kembangkan Islam dalam keluarga saya.

Islam bukan sekadar agama.
Islam segala-galanya.


Selamat bercuti kepada semua.
Maaflah kalau entri ni agak membosankan.
Komenlah apa-apa di kotak bawah ni..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...