Saya duduk di meja makan selepas subuh.
Menemani mama untuk berbual.
"As tahu tak cerita pasal abah dengan adik-beradik As
dengan Mama?"
tanya mama.
"Pasal apa?"
tanya saya.
tanya saya.
Mama mula menceritakan tentang abah dengan kami sekeluarga.
Anis
"Cikgu, kalau boleh cikgu bimbinglah dia (Anis)... Ajarlah apa-apa yang dia kurang faham.. Sebelum saya pergi.."
Adik saya terkejut.
Abah berbual dengan guru kelas Anis yang masih berada dalam tingkatan 2 sewaktu mengambil kad laporan.
Dan Anis terdengar perbualan ini.
******
"Alah.. Tu perasaan kau je.. Takde apelah.."
kata sahabat Anis, setelah menceritakannya kepada mereka.
kata sahabat Anis, setelah menceritakannya kepada mereka.
Mungkin benar, perasannya sahaja.
*****
Rabu, 14 Julai
Tinggal 3 hari.
Anis bersiap untuk ke sekolah pada tengah hari.
Abah yang baru pulang daripada kerja (syif malam) dekatinya.
Sebelum tidur pada tengah hari, abah sempat berpesan (dan bersalam):
"Anis, belajar elok-elok.. Abah nak tidur dulu.."
Malam tu, abah koma.
Annas
Setelah meghantar saya ke Johor,
Annas bermain bola dengan anak sepupu kami di padang belakang rumah.
Annas bermain bola dengan anak sepupu kami di padang belakang rumah.
"Annas, tangkaplah!"
"Tak bolehlah.."
Dia menjerit, sebelum dia cuba.
"Cuba dulu! Jangan kata tak boleh.." kata Abah.
Abah perhatikan Annas dari rumah.
Dia pun cuba menahan bola yang disepak.
Ternyata, dia dapat menangkapnya.
Mungkin abah tersenyum waktu ni.
Abang Am
Abah duduk di atas kerusi di hadapan kaca televisyen.
Lama menunggu.
Abang Am pun keluar dari bilik tidurnya.
"Am, abah nak ajar Am betulkan lampu tu.."
Lampu bilik air kami rosak.
Dah lama nak betulkan.
Abah nak ajar abang untuk betulkan lampu.
"Malaslah.."
Mungkin abang Am penat.
Lama abah menunggu.
Peristiwa ini yang buat abang Am kesal, sampai hari ni.
*****
Mama
Kata mama, setiap pagi, selepas bangun, abah akan pandang muka mama.
Lama.
Kemudian mengenang semula kisah-kisah manis antara mereka.
Sejak mula kenal, sampailah melihat saya masuk ke Tahun 2, semester 1.
Pada hari Sabtu, abah bawa kami sekeluraga berjalan.
Hari Ahad, abah akan keluar berdua dengan mama.
Rutin ini berputar setiap minggu.
Katanya, abah seronok. Rasa puas berjalan-jalan bersama kami.
Dah bawa keluarga ke banyak tempat:-
2007
Cameron Highland
2008
Changlun
Padang Besar
Taiping
2009
Batu Feringghi
Skudai
2010
Danga Bay
Kota Bharu
Bila kira-kira balik, dah banyak tempat kami pergi.
Abah rasa puas.
Seronok tengok anak-anak membesar.
Sejak lahir sampailah saya masuk masuk UTM.
Saya dan mama dah tak dapat tahan air mata.
Saya
Kisah saya?
Teruskan membaca post akan datang..
Teruskan membaca post akan datang..
Comel tak?
Sekadar menukar mood sedih..
Teruskan senyum, ok?
Ashraf Bin Nazlan
0 comments:
Post a Comment