4 Syawal

Tangan mencabut sedikit rumput.
Kemudian menyiramkan air ke pokok baru.
Tanah menjadi basah.


"Pandan yang mama tanam hari tu tak hidup ye.."

Saya diam.
"Semua yang hidup, pasti akan mati.."

Sayu.
Tapi tak menangis.

Petang itu, saya, Anis dan mama bersihkan kubur abah.
Esok genap 2 bulan abah pergi.

Walaupun baru sahaja pulang daripada bersiar-siar ke Kuala Lumpur,
saya cuba untuk menziarahi abah.

Hari ini saya bertemu abang Luqman dan abang Arif.
Rasalah juga suasana beraya di bandaraya.



5 Syawal

"Kau ni lelaki ye?"

Saya tersengih.

"Dia mewarisi keayuan ibunya" balas sepupu saya.
Satu meja ketawa.
Saya tersipu-sipu malu.
Sepuluh minit berbual, barulah perasan yang saya ni lelaki.
Mungkin saya terlalu ayu..
Memang fizikal saya banyak ikut mama.

Kakak Maria tersenyum. Maklumlah, "Mariah Smile".

Sebenarnya, inilah kali pertama saya bertemu dengan Kakak Maria.
Dan kali pertama beraya di rumahnya.

Disebabkan rumahnya dekat sangat dengan kampung Abah, saya ambil keputusan untuk melawat beliau..

Pada tengah hari itu, kami dihidangkan dengan sate.
Sempatlah juga kami berbual.
Tak ketinggalan bercerita tentang adiknya. :)

Kemudian ke Kampung Kundang.
Abah dilahirkan di sini. Membesar di Klang.

Keluarga saya tidak dapat beraya ke sini tahun ini kerana tidak berani untuk pandu jauh.
Sejak abah tiada, mama dan abang Am yang pandu.
Dan saya pun melantik diri saya sebagai wakil untuk ke kampung abah.

Rasa jugak suasana kampung.
Banyak pokok. Banyak buah.
Ada parit besar yang mengalir terus ke laut.
Dan juga Pantai Morib yang telah di"renovate".

Abah sempat pulang ke sini sebelum pergi, tapi saya tak ikut.
Tak sangka, itulah kali terakhir abah ke sana.
Saya sepatutnya ikut temankan abah.

Jadi, agak lamalah saya tak pulang.
Terasa rindu sangat kat kampung ni..

Abah pernah bawa kami "meronda" kebun Pak Long.
Saya mula kenal pokok kopi.

Teringat abah bawa saya ke Pantai Morib menaiki motor.
Saya hanya berumur 5 tahun.
Saya masih ingat banyak kenangan di sini.

Selepas Asar, saya mengambil bas Banting-Klang untuk kembali ke rumah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...