Nak taip SMS, rasa memenuhkan inbox handphone kalian..
Banyak sebenarnya nak cerita..
Terima kasih sahabat-sahabat yang sanggup mendengar luahan hati saya..
Di sini saya nukilkan sebanyak mungkin maklumat untuk dikongsi bersama kalian, tentang abah.
Label "Another Side, Another Story" ialah kisah yang diceritakan kepada saya, ertinya saya tidak ada pada waktu dan tempat kejadian. Mungkin ada perkara yang saya sendiri tak berapa pasti, kerana ia kisah yang disampaikan, bukan yang saya lalui.
Sewaktu saya cuti di rumah, sekitar April-Mei
"Confirmkanlah, As balik naik apa?"
"Abah kata boleh hantarkan As balik UTM," kata mama.
Tak perlu beli tiket bas 11 Julai.
Jun-Julai
Atikah minta saya pulang awal, kalau boleh. Ada kerja. Saya ok je. Saya beritahu mama, tapi terfikir, macam mana nak angkut barang dari S42 ke S10?
Dengan erti kata lain, abah memang terpaksa hantar saya untuk angkut barang stor.
9 Julai, Jumaat
Petang
Saya dan mama pergi ke pasar malam, selepas Asar. Tak jauh dari rumah, 5 minit perjalanan.
Terpandang Yong Tau Foo (tak pasti ejaannya, tapi tahu kan apa bendanya?) berharga RM10. Saje nak beli, maklumlah, "JUMAAT TERAKHIR" kat rumah. Minggu depan start kuliah. Saya nak beli, nak belanja famili.
"Abah balik pukul berapa?"
"Pukul 9, ambil overtime. Kenapa?"
"Takde ape.."
Tak jadi nak beli. Beli sekarang, nanti makanan tu sejuk.
Kesian abah. Saya simpan je hasrat nak belanja keluarga saya.
10 Julai, Sabtu
Pagi
Abah mesin rumput. Biasanya akan tidur tengah hari. . Guna mesin yang pakai kat belakang tu, dan pisaunya beberapa meter kat depan. Ya, kerja ni memang meletihkan, walaupun halaman berumput tak berapa luas. Tak percaya? Abang saya pun tak larat, inikan saya yang comel ni..
(Saya memang comel)
Petang
Tanpa rehat yang secukupnya, abah bawak kami ke Kapar, kampung mama. Ziarah Mak Yang dan Atuk - Mak Yang hanya panggilan, tarafnya ialah nenek saya, ibu kepada mama.
Abah nak bawak saya jumpa mereka, sebab lepas ni jarang balik rumah. Esoknya kena bertolak.
Isnin ada kuliah.
Mama jawa tulen. Abah separuh Cina - (Opah saya Cina).
Saya 50% Jawa, 25% Melayu, 25% Cina.
Malam
Packing kat rumah, esok bertolak. Abah tidur awal.
11 Julai, Ahad
Pagi
Kami bertolak sebelum Subuh. Dalam perjalanan, abah tukar tempat duduk dengan abang. Maksudnya, abang pula yang memandu. Abah letih. Kemudian abang tukar semula dengan abah (abah jadi pemandu), sampai di UTM.
Di S01, saya mengadu,
"Apelah orang pejabat ni.. Esok ada kuliah, tapi hari ni pun tak boleh angkat kotak.."
Memang tak patut. Esok kuliah start, tapi tak dapat ambik barang. Katanya kena ambil 12 Julai (esoknya, hari Isnin). Apa masalahnya? Katanya takut barang hilang, dia masuk lokap, etc. Semuanya merepek. Kami nak hidup kat sini, tapi pejabat suka bawak masalah. Susah.
Kesian abah. Pandu jauh-jauh, ingat nak bawak kotak guna kereta. Tapi stor dikunci. Hajat tak kesampaian. Saya buat abah jadi lagi penat. Waktu ni saya menyesal..
Abah kata "Tenang.. Dia hanya menjalankan tugas.. Bukan As je kena macam ni, semua pun kena lalui benda yang sama.."
Lama-lama saya pun tenang. Abah memang pandai "psycho" orang.
Perbualan ini berlaku di pondok tak jauh dari pejabat KTC.
Tengah hari
Abah ajak ke Jusco Taman U. Beli barang untuk survive malam ni. Kali terakhir aku makan bersama abah. Sekurang-kurangnya buat masa ni.
Abah turunkan sayaa di depan S10-S11.
Kemudian beri sedikit wang. Tak tengok pun jumlahnya. Saya tak kisah. Sebenarnya bukan duit yang kita mahukan, tapi kasih sayangnya.
"Nanti bulan puasa As balik.." maknanya hujung bulan puasa, sebelum raya.
sikitlah
"Ok.. Nanti balik sendiri ye.. Abah x dapat hantar.. Abah pun takde OT (overtime) bulan ni.. So, sempit sikitlah.."
Aku angguk. Faham benar.
Sebelum bertolak pulang, aku sempat melambai mereka sekelurga.
Kali terakhir nampak abah senyum..
Teringat pesanan abah,
"Abah tak dapat hantar lagi.."
*****
Another side, another story
Petang, di rumah
Kak Ina:
"Kakak Ina datang rumah berbual dengan abah. Katanya abah sihat je. Relax. Malam kena pergi kerja, sedangkan pagi tadi baru je ada kat Johor. Ini pun baru balik rumah."
Famili sampai rumah pukul 5 petang, abah masuk kerja pukul 8 malam.
Kak Ina ialah jiran a.k.a. sepupu saya. Membesar bersama abah, kenal abah sebelum kahwin dengan mama lagi. Antar anak buah yang rapat dengan abah.
*****
12 Julai, Isnin
Malam
"Macam mana barang?"
"Dah. Semuanya dah diangkut ke bilik As. Senior tolong angkat"
Abang Luqman yang bantu saya. Guna keretanya.
"Oklah.. Belajar macam mana?"
"(Tak ingat apa saya jawab)"
Dan perbualan ringkas jarak jauh antara aku dan abah hanya beberapa minit.
Inilah kali terakhir dengar suara abah.
13 Julai, Selasa
Tak hantar mesej atau call abah dan mama. Saya benar-benar terlupa.
14 Julai, Rabu
Petang
Hari ni ada kokurikulum, sampai jam 7 MALAM.
Dan pulang dari D06 FPPSM ke S10 KTC dengan jalan kaki.
Penat? Ya, sangat penat.. Tapi, penatnya aku berjalan, setanding ke penatnya abah mencari nafkah kami sekelurga?
*****
Another Side, Another Story
Petang, di rumah
Abang Am dan An:
"Abah bangun tidur jam 5.50 petang/ 6 petang, cakap pening-pening. Nak pergi klinik, dan pegang kunci kereta. Lepas tu terduduk. Suruh abang Am bawak ke klinik. Abang Am dan An papah abah, dan terus ke hospital.
Dalam perjalanan, abah bukak tingkap kereta, dan muntah di tepi jalan. Ini memang luar biasa, belum pernah berlaku.
Sampai je, abang Am daftarkan abah. An kata abah makin tenat. Masa tu An dan abah dalam kereta. Doktor buat pemeriksaan, kata abah sakit ini, ini, dan ini. Masa check tu, abah dah lumpuh sebelah. Doktor suruh bukak mata pun dah tak boleh."
*****
Malam
Study, sampai 11.00 malam. Baca buku Secangkir Teh Pengubat Letih karangan Ustaz Hasrizal, sehingga jam 11.30 malam. Makan ubat selsema, sebab saya dah mula kena selsema.
Alamak, lupa lagi. Tak hantar mesej. Hantar sekarang, takut ganggu tidur. Takpe, esok boleh hantar.
Ya, esok boleh hantar..
*****
Another Side, Another Story
Malam, di hospital
Abang Am, An dan Mama:
"Malam tu, abah pun dah lain.. Nak call As, tapi kate x payah, sebab akan susahkan As. Dahlah jauh.."
*****
15 Julai, Khamis
Pagi
*****
Another Side, Another Story
Mama, Abang Am, An:
"Jam 12 pagi abah koma."
*****
Terjaga jam 4 pagi. Tak tahu kenapa. Sepatutnya, ubat yang saya makan semalam akan buatkan saya mengantuk (biasanya, kalau makan ubat yang sama, saya akan bangun lebih lewat). Tapi saya cergas, tapi tak sedap hati. Saya berjaga, sampai mama telefon.
"As, jangan terkejut.. Istighfar banyak-banyak.." kata mama sambil menangis.
Ada background music - bunyi tit.. tit.. tit.. - bunyi mesin.
"SIAPA?" - aku faham maksud mama. Aku sangkakan seseorang telah pergi.
"Abah KOMA.."
"As balik Klang.. Tolonglah.." tambah mama.
Bunyi mesin tu ialah mesin yang baca denyutan jantung.
Aku tak sambung tidur. Lompat dari katil, cari beg, kemas ini dan itu, tak lupa hantar mesej kepada sahabat terdekat - Bella, Atikah, kakak Naffisah, kakak Sabrina, Abang Arif - Naqib saya, Abang Izmar, Abang Fathu, Munzir, Firdaus 2 SEM, dan Siti Juwairiyah Ali. Semua ni sahabat yang paling baik dengan saya.
Masa mandi sebelum subuh, saya teriak sekuat hati dalam bilik air tu. Tiada orang selain saya di situ.
Sebelum subuh, saya duduk di luar blok, ambil angin.
Teringat kat abah. Dan penyesalan tak terhingga.
Azan je, terus ke surau S01.
Berjumpa Munzir, Pak Lang, Abang Wafi, Abang Fahmin, Abang Aslam, abang Faruqi, dan abang Ikhlas. Mereka dah tahu. Abang Faruqi nak hantar saya ke Shell Skudai, beli tiket jam 7.30 pagi.
Saya packing lagi, dan pukul 7 lebih, saya tunggu di gazebo S10.
7.30 abang Faruqi hantar, dan saya tunggu untuk beli tiket. Tak bukak kedainya. Jam 8.30, saya call. Baru terhegeh-hegeh nak bukak kedai. Saya terlepas satu trip. Memang buang masa.
Jam 10.30 pagi baru mula bertolak. Tiba di Klang Sentral jam 3 lebih. Menunggu pula Pak Teh ambil. pukul 4 Pak Teh ambil, dan ajak saya makan. Saya tak makan dari pagi. Pak Teh lambat sebab ada kerja.
Dekat-dekat Jam 5, saya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Terserempak dengan abang. Kawan-kawan sekolahnya mengelilinginya.
Bergegas ke tingkat 8, Wad 8A, katil 23.
Mama menangis. Mama peluk saya. Saya pun menangis.
Ramai saudara datang. Terdengar sedikit perbualan,
"Umur lebih 40 memang tak elok kerja lebih masa (overtime). Lagi-lagi ada darah tinggi."
Abah memang ada darah tinggi. Tapi doktor detect macam-macam - Kencing manis, dan strok. Mungkin semua ni baru lagi, dan abah pun tak tahu. Tahu-tahu kena strok.
An - adik lelaki saya - cerita sedikit. Kemudian abang Am cerita sepenuhnya apa yang berlaku.
Abah kuat bekerja. Sentiasa cari peluang untuk cari duit lebih, walaupun usia lanjut, walaupun kesihatan tak berapa bagus. Bagi kami, abah pejuang kelurga.
Malam
Pulang ke rumah sekitar Maghrib.
Kak Ina di rumah kami, dan menangis teringatkan abah..
Katanya, baru hari tu jumpa.. Sihat je..
Siap-siap, dan kembali ke hospital jam 10 malam. Temankan mama. Mama dah dua malam kat sana.
Saya masuk wad itu. Mama pegang tangan saya, dan hulur ke tangan abah. Aku genggam tangan abah.
"Tangan ni lah yang bagi kita makan.."
Aku menangis.
16 Julai, Jumaat
12 pagi
Pulang ke rumah, sebab saya tak cukup tidur. Penat berjalan dari siang.
Pagi
Online sekejap, kemudian tidur. Memang tak cukup tidur.
*****
Another Side, Another Story
Hospital
Abang Am:
"Bos tempat abah datang, katanya ada insurans tempat kerja. Abah boleh dibawa ke sana, kat Shah Alam. Hospital SMC. (Shah Alam Medical Center? Saya tak tahu namanya.)
Sebab tempat tu macam panellah agaknya. Pekerja tempat abah yg sakit ke sana untuk rawatan dan adalah beberapa kelebihan lain. Tapi, nak bawak abah pun, kena alih macam-macam, especially alat bantuan pernafasan. Bukan senang. Abah nak bernafas pun pakai benda tu, lepas tu nak alih lagi. Risiko tinggi."
Keputusannya nanti akan saya kemukan.
*****
4 petang
Saya naik kereta abang Mik untuk ke hospital. Abang Mik ni sepupu saya. Abang saya dah ke sana lebih awal, ada urusan hospital agaknya. Kemudian saya, Abang Mik dan keluarganya ke hospital.
Banyak yang bertandang. Sampai orang yang kami tak pernah jumpa. Sepupu saya, Hani pun baru sampai dari Melaka guna KTM. Dia kawan baik saya masa kecil. Bila kami jumpa, memang jadi sepasang. Melekat je. Dia ni perempuan. Tapi bila dah besar, kami jarang contact.
Sebelum Maghrib, saya dan abang saya pulang ke rumah, jaga adik-adik yang baru habis waktu persekolahan.
Malam
taip semua ni, sejak selepas Isyak. Chang Yun Ning bagi mesej, Isnin ada kuiz Electronic Devices.
Tak tahulah bila dapat balik UTM..
Mesti abah letih bekerja.. Tambah macam-macam penat lagi - mesin rumput, memandu ke kampung, pandu balik rumah, pandu ke UTM, pandu semula ke rumah pada hari yang sama, dan MALAM tu ada kerja lagi.. Bila abah rehat sebenarnya? Adakah rehat abah sama dengan rehat kita semua yang mengadu letih nak pergi kuliah dan ulangkaji?
Saya salahkan diri saya.. Saya punca abah jadi macam ni.. Abah tak cukup rehat..
Abah.. As minta maaf..