25 Februari 2013, 2.48 pm
Dunia saya sewaktu berusia 17 tahun hanya berkisar daerah Klang, dan paling jauh pun setakat Shah Alam je. Itu pun bukan sebulan sekali pergi sana.
Dan hidup saya waktu tu diwarnai dengan Pokemmon, Digimon dan Final Fantasy. Kawan-kawan rapat saya pun memang gila dengan benda-benda ni. Tak lupa kepada penggemar anime bergenre shounen macam Naruto, Bleach dan One Piece.
Suka rock band. Oh, zaman ni jugak suka sangat tengok drama Korea macam Autumn in My Heart, Summer Scent, Spring Waltz, Full House, Jewel in the Palace dan semua yang pernah ditayangkan kat 8TV jam 8.30 pm setiap Isnin sampai Jumaat tu. Semua ni start dengan Stairway to Heaven masa tahun 2004 kalau tak silap. Saya Form 2 waktu tu.
Muzik pulak, Linkin Park, Green Day, All-American Rejects. No nasyid. NO WAY.
Kalau nak expose pasal dunia luar, kena bukak internet. Zaman tu takde facebook, tiada twitter, dan yang popular pun Yahoo Messenger je. Skype pun dah ada rasanya, tapi sebab kawan-kawan saya mostly takde laptop dan internet kat rumah, saya pun takde siapa nak berhubung, so benda tu jadi kurang popular la.
Saya membesar dalam 'lingkungan ini' sahaja. Kawan-kawan saya pun yang macam ni je. Saya tak pernah terfikir pasal idea-idea atau pemikiran manusia lain kat luar sana.
Yang saya tahu, buat hal sendiri je. Selagi takde masalah, jangan cari 'masalah' kat luar.
Dan bila mula dicampak jauh ke utara, saya menerima kejutan budaya yang agak dahsyat. Dan sikap dan perlakuan saya mula berubah. Kalau dulu pendiam, tiba-tiba banyak cakap. Tak pun makin rajin menulis, walaupun sekadar menghabiskan kertas. tapi itulah kepuasan. Kita jumpa benda baru, dan addicted nak teruskan.
Kalau selama ni kita asyik kena suap kat dalam kelas, kat universiti kat selatan tu pulak kita digalkkan berfikir untuk mencambahkan pemikiran. Dan hakikatnya, kita tak pernah aman. Sebab ada banyak sangat pihak yang kata diorang tu betul. Media massa tu sekadar alat untuk menjatuhkan pihak lain.
Dan bila saya pulang ke rumah, idea-idea baru ni nampak macam berhaluan kiri. Tapi tetap pertahankan, sebab saya tahu dan yakin saya ada di pihak yang betulwalaupun tak sempurna.
Overall, family saya dah berubah perlahan-lahan. Dah mula jaga waktu solat. Dah mula minat dengar ceramah agama. Tapi semua ni bukan usaha saya seorang, tapi atas izin Dia.
Dah lebih lima tahun saya tinggalkan zaman sekolah. Tapi tak bererti pembelajaran terhenti kat situ je. Dunia ni lebih luas daripada apa yang saya bayangkan. Dan peluang untuk belajar kat mana-mana sudut dunia pun besar. Saya menggalkkan semua yang membaca ni, pergilah merentas sempadan negeri, cari kawan ramai-ramai, bina network seluas-luasnya dan kembangkan ilmu kepada siapa-siapa je yang mencari.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment