9 Februari 2013, 7.57 pm

Dan entah kenapa, hari ni rasa moody semacam. Atau dua tiga mcam. Semuanya berlalu terlalu pantas sampai diri ni tak sempat nak buat apa-apa. What happened to me????




Saya dapat kad walimah senior dua minggu lepas kat majlis bunda + ayahanda. Senior tu sendiri yang bagi. Waktu tu senyum je. Happy la kan ada kawan ni nak jemput kita makan kat walimah dia. Boleh jugak jumpa senior-senior lain yang tak datang time walimah bunda dengan ayahanda.

Dan bila hari ni tiba, saya diam je. Gelak sekejap, pastu monyok balik. Pastu rasa nak menangis jap.

Bayangkan, dalam meja yang kecoh-kecoh tu, saya dapat tangkap lagu background kat dewan je. Dah tak dengar lagi suara senior kat tepi. Atau memang dah tak nak dengar lagi diorang bersuara.

Sampailah ayahanda tegur. "Kenapa diam je ni?"

Meja tu pun senyap. Sungguh, takde siapa pun berani bersuara. Saya geleng. "Takde apa."

In fact, benda ni dah berlarutan dalam seminggu sepanjang duduk rumah ni. Mama pun perasan saya agak 'berbeza'.

*****

Lepas beberapa ketika, saya mula perasan.
Saya dah takde semangat nak teruskan hidup.
Penat sangat senyum depan orang, tapi hati sendiri berkecai.
Kadang-kadang saya menangis.
Saya hanya manusia biasa.

Saya happy untuk mereka yang bertemu cinta hatinya.
Happy untuk mereka yang masih bujang enjoy sakan dalam hidup.
Happy jugak untuk mereka yang dah bekerja dan berharta.
Juga happy untuk mereka yang sambung belajar.

Diorang dah grad. Saya sorang je belum.
Diorang dah temui apa yang diorang nak.

Saya tak tau nak kejar apa lagi dalam hidup ni.
Sebab semuanya macam bayang-bayang.
Makan dikejar, makin ia berlari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...