11 Februari 2013, 11.30 am
Warghhhh!!! Camne ni!!!
Tanya orang ni, dia tak reply. Kat kampung lagi kot.
Tanya orang ni, dia kat Hanoi (kalau tak silap). Honeymoon dengan family.
Tanya orang ni, "kereta abang dah penuh la. InsyaAllah takleh amik"
Tanya orang ni,"abang tumpang kereta yang dah penuh tu"
Tanya orang ni, "maaf, ana tak pergi."
Tanya orang ni, "abang balik kampung esok."
Sudahnya, saya terperap la sorang-sorang dari pagi sampai ke malam dalam rumah. Haizz....
Plan nak pergi walimah hari Ahad terpaksa kensel sebab takde yang nak 'angkut' saya.
Disebabkan tension, saya pun bukak PS3 dan main sampai lewat malam.
Jam 12.40 am, mesej masuk Smasung Galaxy Y.
"Ye, ni ayahanda. Ni siapa ye?"
Laju je saya reply. Tak sia-sia berjaga malam ni.
Dan bunda dan ayahanda pun ajak saya tumpang kereta diorang.
And the rest is history.
Actually, saya segan nak tumpang kereta diorang. Orang dah kawen, kan? Biarlah diorang dating. Saya malas nak kacau daun. Tapi keadaan dah sangat2 mendesak, saya terpaksa naik dengan diorang.
Ahli keluarga yang lain saya bercuti kat Morib sejak hari Sabtu. Pergi resort kalau tak silap. Pak cik saya ajak berkumpul kat sana. Saya tak nak ikut sebab nak pergi jemputan. So, saya sorang-sorang je la kat rumah sepanjang dua hari ni. For me la, time raya pun boleh jumpa family. Tapi nak jenguk kawan-kawan, kalau bukan sebab walimah, bila lagi nak berkumpul, kan?
Kami jumpa kat Kajang. Bunda dengan ayahanda ada jemputan kawan kat sana. Dari Kajang, kami mula gerak ke Hulu Langat.
Rupanya, baaaaaaanyak sangat hikmahnya kenapa saya 'tersangkut' dengan bunda dan ayahanda.
Diorang tau kisah saya dan 'masalah-masalah' saya.
Satu demi satu cerita mula dikupas.
"Allah memang nak awak melalui jalan tu" kata Bunda.
"Dia macam ni tau.." kata beliau lagi, sambil susun tiga biji cawan dalam keadaan melintang.
Paling kiri, cawan kosong. Cawan tengah pun kosong. Paling kanan ada air soya dalam cawan tu.
"Mula-mula awak nak yang ni (cawan kosong paling kiri), tapi tak dapat"
Dia alihkan cawan tu ke tempat lain. Tinggal dua cawan.
"Kemudian awak nak yang ni (cawan tengah yang kosong) tapi tak dapat jugak"
Dia alih lagi. Tinggal satu cawan.
"Kemudian awak nak yang ni (cawan paling kanan). Inilah yang awak akan dapat."
"Yang penting, awak usaha je. Kalau tak dapat, sebenarnya Allah bukak lebih banyak peluang lain."
"Macam mana saya nak tau dia 'untuk saya'?"
"Awak dah istikharah kan? Rasa tenang tak?"
Saya merenung cawan tu balik. Kemudian angguk.
"So dia sesuai untuk awak la."
"Tapi kenapa pihak sebelah sana tak.."
"Sebab istikharah tak semestinya dua-dua pihak kena rasa benda sama"
"Maksudnya istikharah tu boleh jadi SALAH?"
Bunda dengan ayahanda dah senyum.
"Bukan. Istikharah tu bukan wajib pun. Cuma mungkin waktu ni, itu yang 'dia' rasa. Tapi kalau Allah nak, sekejap je dia boleh flip hati 'dia', kan?"
Saya teringat kat pesan kakak minggu lepas. "Hati tu Allah yang pegang."
"Bukan jodoh tu dah tetap ke?"
"Betul. tapi kalau Allah nak ubah, boleh kan?"
Saya angguk, walaupun tak berapa yakin.
"Sebab Allah tu Allah. Macam Bunda kata tadi, sekejap je Allah boleh flip hati 'dia' kalau Dia nak."
"Dan Bunda rasa ayat kamu tu sangat matang."
Saya sengih. Ala, baca je banyak-banyak buku. Mana yang melekat kat kepala, tu la yang keluar balik.
Tapi memang betul apa yang saya tuturkan malam tu. Perkahwinan bukan atas dasar suka-suki je. In fact, kahwin pun bukan pasal dua family. Tapi seluruh generasi. Generasi yang baik lahir daripada family yang baik. Family yang baik datang dari ibu bapa yang baik. Ibu bapa yang baik datang daripada lelaki dan wanita yang baik. Dan nak jadi lelaki dan wanita yang baik, harganya memang mahal tapi berbaloi.
Memang tak dinafikan la, bila cakap soal nak kahwin ni, saya terus cari banyak buku, baca dari satu muka ke satu muka, Google macam-macam, tanya orang ni, tanya orang tu, dengar cerita orang yang dah kahwin, dan secara tak langsung saya cuba untuk mematangkan diri saya. Tapi jauh lagi sebenarnya sampai taraf macam tu. Saya sekadar membaca, belum mempraktikkan apa yang dah dibaca.
Mungkin pihak sana pun masih terkejut dengan semua ni. Tak dapat terima benda-benda ni kerana usia dan pemikirannya yang masih muda. Tapi insyaAllah, satu masa nanti, dia akan faham. Andai takde jodoh pun, saya dah berusaha untuk tingkatkan diri dan menanti lebih banyak peluang pada masa akan datang.
And to Bunda and Ayahanda, thanks for the ride. And thanks for the tazkirah (or ceramah?). :)
Followers
CBox
Total Pageviews
Blog Archive
My Blog List I
-
-
Train1 day ago
-
Tuhanku2 weeks ago
-
Eh makngah!4 months ago
-
Salam 1 Ramadhan5 years ago
-
sesekali menjenguk blog7 years ago
-
-
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun8 years ago
-
-
Berpindah9 years ago
-
Update MASRECA 199 years ago
-
Bercuti ke Guilin, China (Silver Cave)9 years ago
-
-
Part 49 years ago
-
Pesanan Tuhan kepada pembawa fitnah9 years ago
-
-
Laa Tahzan :')10 years ago
-
Lelong Sampul Duit Raya JDT murah10 years ago
-
Mitsaqan Ghalizah10 years ago
-
-
Wordless Wednesday10 years ago
-
-
HABBATUS SAUDA DAN KHASIATNYA10 years ago
-
-
-
-
memandang ke langit yang luas11 years ago
-
:: it's our 7months ::11 years ago
-
-
Benarkah Ku Merinduimu?12 years ago
-
-
Jom Follow-Mollow??12 years ago
-
mandi12 years ago
-
I'm Backk....12 years ago
-
-
Insulation Resistance Test13 years ago
-
-Bila Nikmat Tidak Kita Syukuri-13 years ago
-
-
-
-
kembali13 years ago
-
-
Mula atau Duka~13 years ago
-
ok! harini aku sgt rajin..14 years ago
-
HARAPAN SI WAJAH TUA14 years ago
-
ALEESYIA14 years ago
-
GIANT UTM MOUNTAINBIKE QUEST 201114 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Powered by Blogger.
Feedjit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
pengalaman hidup lepas kawen ni susah nak kongsi, kena kawen dulu dan rasa sendiri mcm mana...sebab dugaan yang datang lain lain.
Post a Comment