17 August 2014, 3.22 am

Lepas berjam-jam try download satu episod daripada satu siri ni dalam bahasa Inggeris, saya pun cuba cari English subtitle. Kemudian tekan butang play dan layan cerita tu.

Alih-alih subtitle tu tak sync pulak dengan audio. Mulut diorang cakap lain. Lepas sepuluh saat baru subtitle apa yang diorang cakap tadi muncul.

Lepas tu try cari subtitle yang sync dengan video tu. Rupanya memang tak wujud. Daripada download video baru (yang sync dengan subtitle), better layan je video yag donload tadi. Tak faham pun takpe la.

Waktu tu la baru perasan, yang sebenarnya saya tak perlukan subtitle pun. Sebab saya boleh faham 99% apa yang diorang cakap. 1% tu cuma beberapa istilah Jerman.

Pejam celik, kita ni dah dewasa rupanya. Dah tak perlu guidance for English subtitle lagi kat bawah skrin macam dulu. Entah sejak bila saya dah boleh 'cope' dengan semua ni, saya pun tak perasan. Kadang-kadang, kalau ada berita English malam-malam kat tv (macam Nightline kat tv3), saya akan tinggikan volume tv tu, tapi mata saya leka dekat laptop. So, sambil buat kerja atau main videogame, saya belajar English tanpa perlu menoleh ke kaca tv. Memang banyak istilah yang saya tak dapat tangkap, but we'll learn more as time progressed.

By the way, the series that I mentioned just now is Zero Hour. I love this series becuse it reminds me of Dan Brown's Da Vinci Code.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...