2 April 2013, 11.00 pm

Semester ni memang ada 'kelainan'.
Sejak awal semester, saya menyisihkan diri daripada kenalan.
Jauh daripada sahabat sefakulti, sekelas, se-kolej kediaman.
Langsung tak gatal jari pergi mesej seorang demi seorang.
Facebook pun terbiar tanpa sebaraang status update.

Dua bulan tanpa apa-apa berita.

Ada beberapa insan yang perasan tentang kebisuan ni.


"Lama senyap. Marah akak ke?"

Saya kaku dan bisu.
Tak tahu nak reply apa.


Banyak sangat benda yang dah jadi cuti hujung sem lepas.
Banyak jugak yang di luar jangkaan.
Dan banyak mengubah arah hidup.
Yang sekaligus mengubah diri.

Saya dah 'hilang'.

Cuti pendek yang penuh dengan linangan air mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...