15 April 2013, 2.56 pm

ii ~ fresh_breeze

Januari 2007

ANGIN berpuput lembut menyapa pipi. Sejuk dan lembut. Burung-burung pun terbang mengikut aliran udara di atas sana.  Pandangannya di lontar jauh ke langit biru yang membuka tirai pagi. Kawasan padang terasa sangat tenang. Choki Choki kembali ‘disumbat’ ke mulut. Lagu Heaven Knows-Nana Mizuki berdentum di headphone. Nasiblah hari ni pakai tudung. Boleh jugak cover benda alah ni.

Sesekali matanya beralih ke basketball court . Satu-satunya gelanggang sukan tu yang ada kat sekolah ni.  Hari tu ada jugak dia check, gelanggang tu pun ada line untuk volleyball, sama je macam sekolah lama dulu.

Sekolah lama yang penuh dengan kenangan. Pahit manis hidupnya yang dikongsi bersama tiga lagi best friend forever. Yang dah janji nak stick together no matter what happens. Dan sungguhlah, sebaik-baik barang ialah barang baru, tapi sebaik-baik kawan ialah kawan-kawan lama.

I miss all of them.

“Nah, ambik ni!”
Dia laju merampas bola di udara tu, kemudian berlari-lari ke arah basket kat atas tiang.
Shoot!”
Dia melontar bola tersebut tepat ke basket tu. Masuk!
“Wooh!!”. Tiga lagi bersorak.
Dia mengangkat kening sambil tersenyum.
“Erm.. Tu kan..” Salah seorang daripada mereka menuding jari ke luar gelanggang. Dia turut menoleh.
Seorang lelaki tersenyum di bangku tepi court. Tangannya melambai-lambai.
Dia turut melambai sambil tersenyum.
“Kitorang bertiga gerak dulu la. Jumpa kat kelas nanti.”
Okay. See you then.”
Tiga lagi segera meninggalkan court sambil ketawa. “Jangan lama sangat!”
Hish! Diorang bertiga ni memanglah..  Tapi untunglah ada kawan yang faham.
“Jom. Satu round.” Lelaki tersebut pass bola ke arahnya.
Set.” Bola kembali diberi semula kepada lelaki tu. Mereka bertentang mata.
The far-shooter against the legendary Gale, eh?
“Eleh. Berlagak cap badak. Nanti lepas kalah, tolong belanja makan!” Dia mula merampas kembali bola yang belum sentuh tanah tu, dan berlari-lari ke basket.”
“Aile! Tak aci!” jerit Gale sambil ketawa.

Dah lama takde orang panggil dirinya dengan nama tu. Dan sekarang, dirinya terpisah daripada tiga sahabat tu. Dan juga Gale.

Angin kembali berpuput lembut di pipinya, menariknya kembali ke dunia nyata.

The wind of a new beginning blow.

Dia mengeluh. Sisa hari semalam masih melayang-layang dalam kotak fikirannya.

“Aliya?”

Aile menoleh ke belakang.  “Jom beratur. Dah nak bunyi loceng.” kata Nurin.
Dia ni lagi. Semalam pun dia dah tegur aku sebab aku lepas lepak kat tepi padang ni. Dia ni satu kelas dengan aku. tapi aku tak rapat pun dengan dia. Dia terhegeh-hegeh nak bercakap dengan aku sejak first day kat sekolah ni.

Dia bangun malas-malas, sambil menggalas beg.

Score!” jerit enam suara di gelanggang.

Aile jatuh rahang. Dan bungkus Choki Choki tu pun jatuh sekali ke lantai. Nasib baik dah habis isinya. Dia menoleh ke arah budak yang lontar tu. Gila jauh! Macam mana bola tu  boleh sampai ke basket tu? Nanti kejap, budak tu kan..

So we meet again” bisik Aile.


Nota:
- sebutan ‘Aile’ tu bunyinya macam huruf ‘L’, bukan 'Ai-Li'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...