1st of March 2013, 11.33pm
Wahhh!!!
Tengah selsema!! <--- Nat Cure
Ni kes banyak menangis la ni. Haish... <--- Takde kaitan langsng
Balik je solat Jumaat tadi, terus punggah segala macam khazanah dalam bagasi hiam beroda yang selalu bawak pi airport tu.
"Tinggal lima bijik je? Yang ni ubat apa pulak?"
Tablet besar, 10 biji satu papan. Kat belakang tulis paracetamol-something.
Tablet kecik warna kuning, 5 biji satu papan. Tak ingat belakang tulis apa.
Mana satu ubat selsema ni?
Rethinking.. Rethinking...
Paracetamol yang dalam Panadol tu kan.. Orang makan panadol sebab demam..
Maybe yang kuning ubat selsema..
Saya telan yang kuning.
Lepas 10 minit terus tumbang. Saya ingat dalam pukul 3 petang tidur.
Bangun-bangun pukul 6 petang!
Gila kuat pil ni. Boleh tumbangkan gajah agaknya.
But still, tak sihat jugak.
Malam ni kena telan satu papan kot pil kecik tu.
Lepas seminggu baru bangun. Haha.
Punca selsema, masih jadi tanda tanya.
Saya tak kena hujan dua tiga hari ni.
Maybe tak tahan minum ais kot.
In fact, dah lama jugak tak jatuh sakit.
Cuma yang tak bestnya, saya takde kat rumah.
Kalau kat rumah, mesti mama masakkan bubur dengan ikan bilis goreng bercili.
Atau homesick sebenarnya?
Baru tiga minggu kat UTM, kan?
InsyaAllah, cuti mid sem nanti balik la jugak ke rumah.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
1 comments:
Yang kuning tu piriton.eheeee.nice words
Post a Comment