March 29 2013, 9.37 pm

There's time when I need to run extremely fast during my working hours.
And there's also time when I need to climb and skip 3-4 staircase and jump to the 4th floor in less than 8 second.
I also need to crawl and swing in certain places to save energy and time.

Dan biasanya jugaklah bila turun dari mesin, dari atas ke bawah penuh dengan peluh. Kalau tak duduk dalam bilik yang ada aircond, alamat sampai ke petang la baju tu basah.

Tapi enjoy tau sebenarnya kerja lari-lari tak cukup tanah ni. Cuma stamina kena tinggi la. Memang tak sesuai untuk yang lemah semangat. Perwatakan saya yang dulunya lembut dan sopan pun mula berubah jadi kasar dan tegas sejak jadi jurutera ni.

Sebabnya, saya terkesasn dengan orang sekeliling saya.
Supervisor yang sanggup kerja masuk syif pagi dan balik lewat bila ada problem kat mesin dan kualiti.
Juga executive yang selalu je tanggal baju dan pusing-pusing dalam line sebab baju tu tak pernah kering dengan peluh.
Dan manager yang ke hulu ke hilir bawak spanar hidup yang besar saiz berapa entah dengan bajunya yang ada melekat dengan warna-warna bahan kimia.

Saya?

Ada argument dari puhak atasan, yang meminta saya dan engineer lain untuk pindah department.
Dan diorang larang saya buat kerja-kerja production.
"Cuci filter ni sepatutnya kerja technician atau operator, bukan engineer!" kata orang atas.
"You should take a look at quality of the PRODUCT because you're PRODUCTION engineer." kata sorang lagi.

Ada kisah yang agak panjang la kat sini. Tapi saya berkeras untuk tak nak tukar department.

Sebab hati saya tersentuh dengan jiwa orang kat Prduction Department.
Dan itulah jiwa yang sepatutnya saya ada, bukannya datang kerja dengan baju smart dan bersih tanpa secali tminyak atau bahan-bahan kimia lain.
Dan sejak tu, saya pun nekad untuk berubah.
Style berpakaian saya pun dah agak gangster la jugak. Bawak spanar, test pen dan allen key keliling mesin.
Telinga saya pun dah makin tajam. Dengar bunyi pelik sikit je, saya dah terus berlari ke tempat tu.
Panjat tiang dan lompat-lompat dari satu platform ke platform lain dah jadi lumrah.
Jari saya pun selalu luka-luka sebab bergeser dengan logam.
Senang cerita, kerja kat Production ni memang kena kasar dan kuat la.
Orang atas pun respect dan tercengang sebab saya dah boleh buat macam-macam.
Diorang pun tak sangka yang perwatakan saya dah berubah.
Takde rupa budak keluar universiti pun.

Sebab, dalam production, takde istilah operator, supervisor, executive, engineer dan manager.
Semua orang kena buat kerja serupa.

Lepas apa yang berlaku dalam hidup saya, baru saya faham kenapa ada masanya saya lalui detik-detik yang agak mencemaskan dan sangat sukar.
Sebab Allah nak siapkan saya dengan kerja-kerja macam ni la.

Kerja kilang is not really that bad. There're tonnes of new things we can learn everyday.
Jangan rasa hina dan tolong jangan perkecilkan orang kerja kilang ni.
Jangan kata orang kerja kilang ni miskin.
Maybe basic diorang rendah, tapi tengok overtime diorang.
Gaji engineer pun kalah dengan gaji supervisor tau.
Cuba tengok macam mana diorang kerja, dan korang akan kagum kat diorang ni.

Betul la kata orang.
Ada diploma ke, ada degree ke, ada master ke, PhD ke,
semua benda tu dah tak pakai lagi lepas kerja.
Semua orang pun sama je.
Pengalaman yang membezakan kita semua.

~Natural Cure~

March 29 2015, 7.28 am

Satu hukum atau 'law' yang kita belajar time sekolah rendah dulu ialah objek akan mengembang bila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.
Tapi, kalau kita ulang-ulang proses ni, dan perubahan suhu berlaku dalam masa yang singkat, objek tersebut akan retak.
Fenomena ni dipanggil 'thermal shock crack'.
Masalah utama fenomena ni ialah sebenarnya agak susah nak tengok kat mana area yang retak tu sebab dia terlampu halus.

Soalan kepada engineer bijaksana yang tengah baca entri ni:
Kalau ada seribu objek/produk korang yang melalui proses perubahan suhu dalam masa singkat ni, macam mana korang nak check mana produk yang retak dan mana yang okay?

Jawapan:
Korang boleh pusing-pusing, belek-belek produk korang dan tengok kesan retak satu demi satu. Cara ni sangat-sangat perlahan dan agak tak praktikal. Korang ni engineer, dan memang tak cukup masa nak belek semua produk korang.

Satu lagi cara (dan sangat praktikal) ialah dengan tidak 'melihat' produk korang. Aik, macam pelik je bunyinya?

Sebaliknya, korang kena 'mendengar' produk korang.

Ambik duit syiling (saya prefer duit 50 sen lama sebab duit tu besar) dan ketuk produk korang. Mesti akan terjumpa satu bunyi yang agak pelik. Kalau dah dengar bunyi tu, try belek-belek untuk cari crack tu. Biasanya memang boleh jumpa. Kalau tak retak kat luar, mungkin dia retak kat dalam.

Bunyi pelik tu berlaku disebabkan retak kat permukaan produk tu. Dia dah tak uniform lagi macam produk asal. Dan hasil gema dia memang berbeza.

Selamat mencuba.

~Natural Cure~

March 23 2015, 10.17 pm

"Ya? Cari buku apa?"

"Ermmm.. Hlovatinta..."

"Oh.. Ada kat kaunter sana." kata kakak tu.

Ceh. Patutlah Tak jumpa kat rak.

"Penulis tu ada tulis buku baru tau. Tu bukunya" kata beliau lagi, sambil jarinya menunjuk ke arah satu sudut rak buku.

Anthem.

"Ni. Dah ambik dah. Ada dua bijik lagi" kata saya sambil senyum tujuh ratus megawatt. Adik perempuan saya yang jadi tukang angkut buku. Kehkehkeh.

"Oh.. Okay.. Okay.."

Sebenarnya, masa saya beli Anthem kat pesta buku tu, saya beli dua buah. Satu untuk saya, satu untuk kawan saya. Dia tak kirim (dan dia tak tahu yang saya balik KL minggu tu), tapi saya saje nak belanja dia. Saya tau yang dia pun minat Hlovate. Tapi setahu saya la, antara semua manusia yang saya kenal kat atas muka bumi ni, saya yang paling minat gila dengan beliau. Siapa lagi antara kawan-kawan saya yang ada SEMUA koleksi Hlovate? Siapa lagi yang sanggup buat pesanan pos laju tiap-tiap minggu dan menanti saban hari supaya bungkusan sampai ke pejabat kolej kediaman? Dan siapa lagi yang selalu namanya tertera kat papan kenyataan pejabat kolej kediaman untuk claim bungkusan?

Saya sorang je. *angkat kening double-jerk*

So, saya nak hadiahkan Anthem dan Hlovatinta kepada beliau. CETAKAN PERTAMA ye. Sila jeles.

Saya pun bayar guna Baucer Buku 1Malaysia. Saje simpan baucer ni, nak tebus time book fair macam ni la. Daripada beli benda bukan-bukan, kan? Bagi saya novel bukan sekadar hiburan, tapi sebuah dunia bagi mereka yang memahaminya. Saya pun tak dapat jelaskan kenapa saya angau dengan dunia enulisan. Even family saya pun takdelah gila membaca sangat. Saya mula serius dengan novel pun sejak zaman matrik je. Zaman sekolah dulu, buku program Nilam tu isi dua muka je dalam dua tahun.

Habis shopping kat booth Jemari Seni, saya pun pusing-pusing kat PWTC tu. Jumpa satu booth ni. Woah! Kena cari 'buku tu'!

Saya pun geledah setiap rak. Takde. TIDAK ADA! Mana mungkin?

"Ye, cari apa?"

"Buku Geng ABCDE ada?"

Kakak tu terkejut. "Ada." kata beliau. "Cuma buku tu... Untuk kanak-kanak la.."

"Takpe. Tak kisah. Janji ada"

"Ni mesti minat Hlovate ni."

Saya senyum je.

Saya pun beli 2 novel Geng ABCDE. Maka lengkaplah koleksi Hlovate saya.

Dalam perjalanan pulang menaiki komuter, saya koyakkan plastik pembalut buku Anthem. Kemudian mula baca. Banyak je bahagian yang sama dekat blog beliau. So, saya skip bahagian-bahagian yang saya dah tahu. Kemudian sambung membaca dalam bas keesokan harinya sewaktu pulang ke UTM. Dan secara kebetulannya juga hari Isnin, jadual kuliah saya memang kosong. Satu hari tu bantai baca novel sambil meniarap, baring, guling-guling atas tilam kat kolej kediaman.

Habis je novel Anthem, saya terus on laptop dan bukak Microsoft Word.

Kemudian saya curahkan semuanya atas papan kekunci.
Perasaan saya. Hati saya. Jiwa saya.
Apa yang saya jangka pembaca akan rasa.
Apa yang Dash rasa.

Sungguh, apa yang Dash lalui tu sebenarnya menggambarkan situasi hidup saya.
Dan bila kita dah pegang satu, rasa susah sangat nak lepaskan.
Sebab ianya terlalu indah. Sebuah ketenangan.

Yang kadang-kadang buat saya terfikir, ramai sebenarnya orang kat luar sana yang mencari Dia.
Cuma diorang tak tahu macam mana.
Lepas tu fikir pulak apa orang kata.
Last sekali takut untuk terima perubahan.
And they'll just go with the flow. Tak boleh resist.

Saya pun tak boleh nak buat apa-apa.
Kalau suruh cakap memang gagaplah.
Saya manusia biasa yang takut dengan banyak benda.
Dan jarang-jarang bersuara, unless when needed.

So, blog ni je la jadi tempat luahan hati saya.
At least, kalau bukan untuk orang lain pun, untuk syok sendiri pun takpe la.

Sebuah review suka-suka yang saya tak pernah jangka akan mengubah hidup saya sendiri.

Saya rasa, saya yang sepatutnya berterima kasih kepada yang tulis buku tu.
Sebab bagi peluang kat semua untuk baca hasil penulisan saya.
Segan tu memang la ada. Terharu pun ada.
Saya ni taklah pandai menulis sebenarnya. BM time SPM pun A2 je.
Tapi saya suka membaca, dan saya suka menulis.
Sebab ni cara terbaik untuk saya 'bercakap' dengan dunia.

Terima kasih Hlovate.
May Allah bless.

~Natural Cure~

March 22 2015, 9.52 pm

Dari satu lagu bertukar ke lagu lain.
Saje je nak layan lagu-lagu lama yang berhabuk dalam folder tu.
Lagu yang saya simpan sejak zaman matrik sampai la ke zaman universiti .
Yang entah macam mana ada satu fail yang formatnya bukan MP3.

DSC_0142.MOV

"Ni format Nikon ni...."

Lepas double click, rupa-rupanya video yang saya curi-curi rakam time kat kolej kediaman dulu.
Senior-senior saya bertekak pasal kahwin. Heh.
Almaklumlah, tahun akhir. Darah manis semuanya.
Saya rasa saya tahun 2 masa tu. Tahun 2011.
Kami makan RFC yang diorang beli, dan makan bersila atas tikar kat bilik diorang.

Apa yang jadi dengan diorang semua sekarang ni, saya pun tak tahu.

Kadang-kadang, saya pun tertanya-tanya,
kenapa saya menghilang selama selama dua tahun ni.
Saya pun takde jawapan.

Mungkin sebab pernah terluka dan terasa hati dengan diorang.
Yang buat saya rasa saya dah takde siapa lagi untuk percaya.
Kecuali diri sendiri.

So, I left.

Pernah la jugak diorang cari saya sebenarnya.
Saya yang memilih untuk diamkan diri.
Entahlah.
Diorang pun ada life diorang.
Saya ada life saya sendiri.
And everyone's happy.
That's all.

Kepada abang-abang dan kakak-kakak tersayang,
saya sihat je selama saya menghilang ni.
Dan terima kasih sebab sudi temankan saya,
jadi teman berkongsi cerita,
susah dan senang waktu saya kat UTM dulu.

But, in case if you're looking for me someday,
just let me know, okay?
InsyaAllah saya ada.

Dan tolong rahsiakan identiti saya, okay?

~Natural Cure~

March 15 2015, 12.00 am


Hari ni secara rasminya hari cuti pertama saya sejak kerja dekat plant baru.
Tak stop kerja sejak 16 Januari lepas.
Yang sedikit sebanyak membuatkan saya sedikit (banyak sebenarnya) letih dan bingung dengan environment.
"Eh, dah hari Isnin ke? La.. Cepatnya dah hari Sabtu..."
Saya pun dah lupa siapa saya sebenarnya sebelum ni.

Actually, Plant B dah ajar banyak benda tentang diri sendiri.
Macam mana kita kena jadi ketua dan pimpin semua orang.
Macam mana rasanya pikul tanggungjawab besar.
Belajar uruskan masa dan manusia.

So, plan cuti esok, pi Mid Valley je kut.
Singgah MPH. Cari novel dan bagi kat kawan tempat kerja.
Singgah Speedy (Rasanya ada kat sana). Nak cari DVD Big Hero 6.
Lepas tu dengar cerita ada Frozen 2 dengan sequel for Big Hero 6.
Dan antara filem yang saya tunggu ialah filem Bourne kelima, dan Matt Damon mungkin jadi Jason Bourne balik.
Watak Aaron Cross dalam Bourne Legacy mungkin takde dalam filem baru ni.
Can't wait!

Tu je la hidup saya time cuti.
Suka lepak sorang-sorang kat KL.
Lepas tu meronda dari satu tempat ke satu tempat.
Rindu jugak la sebenarnya sebab dah lama jugak la tak tinggal area KL/Selangor ni.
Sekejap ke utara. Sekejap selatan.
Tapi Klang tetap di hati saya la. Walaupun bandar ni tak la bersih mana dan orang lain panggil Klang ni sebagai Mini Jakarta sebab hari cutinya yang penuh dengan warga asing, saya tetap suka Klang.

~Natural Cure~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...