Tamatlah sudah kertas untuk semester ni, dan juga berakhirlah semester ketiga. :)

Baru je sambut hari lahir minggu lepas, dah cuti... :(

Anyway, rancangan jangka masa pendek (kurang 24 jam)

Tengah hari
berkemas - packing, masukkan buku dalam kotak, dan sebagainya.

Petang dan malam (kalau hujan)
Duduk bilik.

Petang (kalau tak hujan)
main dengan kamera kat Balai Cerapan. Bawak tripod sekali.
Nak meraikan "birthday present" yang tertangguh seminggu.
Hari ni nak main puas2 dengan Ciel (Ciel ialah nama kamera saya. Ciel bermakna "langit" dalam bahasa Perancis).

Malam (kalau tak hujan)
main kamera kat tasik. Tepi tasiklah, bukan dalam tasik.

(Ada khabar angin yang boleh dipercayai mengatakan ada orang pernah mati lemas dalam tasik tu. Pernah dicari pada peringkat awalnya, tapi tak jumpa. Azan Maghrib je, kepala si mati tu timbul.)

Bukan nak tangkap gambar hantu ye...
Nak tangkap gambar tasik tu waktu malam.
Hari tu ada lalu, cantik jugak tasik tu.
Tapi jangan main sampai lewat malam ye cik Nat....
Esok pagi kena bangun awal...

Esok pagi (1 Disember)
kena bersiap2 lepas subuh.
Sebelum 8 pagi kena ada kat Senai.
Firefly menanti.
Akan terbang dari Senai ke Subang jam 8.35 pagi.




ABCDEFG.
Ini ialah urutan biasa.
Sesuatu yang boleh diterima akal.
Tapi... kalau urutan ni...
C D E F G A B
Bermula dengan C, berakhir dengan B.
APAKAH????
Tak pelik ke?

Saya makin bingung.
Makin difikir, makin tak berjawab.

Kenapa ye macam ni?

Saya mula membuka mulut untuk bertanya.
"Abah, kenapa piano mula dengan huruf C?"


Saya tak berapa ingat jawapan yang abah berikan.
Tapi, lebih kurang macam nilah.
"Huruf tu tak berapa penting, tapi bunyinya.
Kalau "giginya" ditekan, kena kenal not.
Orang yang main muzik kena tahu pasal ni."

Mata saya melihat kembali ke hadapan.
Abah sedang memandu Avanza.
Saya duduk di sebelah beliau.

Kemudian bertanya lagi.
"Kenapa hurufnya A sampai G? Kenapa tak sampai H? Ataupun Z? Kan piano banyak gigi?"

"Sebenarnya, huruf tu berpusing. Mula-mula C-B, lepas jadi C balik, dari kiri ke kanan."
"Lagi satu, huruf A sampai G tu menujunkkan TUJUH nada - Do Re Mi ..."

Saya bilang guna jari.
"Lapanlah abah.. DO RE MI FA SO LA TI DO"

"DO kat belakang tu ulangan DO yang pertama"

"A'ahlah.. baru perasan, rupanya berulang.... perkataan DO diulang. Baru As perasan"
"Lepas tu, dia ada dua kan - Treble dengan Bass. As dah boleh baca not muzik"

Saya tak pandang abah, tapi saya tahu,\ abah senyum.

"Kenapa? Kat sana (UTM) belajar main muzik ke?"

"Taklah, belajar sendiri. As rasa As dah mula minat main piano."

Kereta meluncur laju dalam pekat malam itu.
Saya baru tiba di stesen bas Shah Alam.
Itulah kali terakhir abah ambil saya ketika pulang dari UTM.

Sejak peristiwa ni, saya habiskan banyak masa di hadapan keyboard yang abah beli.
Saya ada mainkan lagu bertajuk "The Other Promise" oleh Yoko Shimomura.
Tapi tak sempat habiskan semasa abah masih hidup.

Saya nak kuasai lagu ni.
Lagu yang menyimpan kenangan terakhir antara saya dengan arwah abah.

38 jam sebelum kertas terakhir. - Electrical Technology.
Bukan nervous nak jawab, tapi excited nak balik!!!
(Baru hari tu balik rumah..)

Kawan-kawan sekolah menengah ajak berkumpul.
Katanya nak main kamera saya
Tiba-tiba je saya jadi budak paling "hot"..
Saya pun dah lama sangat x pergi reunion, lagi-lagi sejak arwah abah dah takde.
Saya nak temankan mama kat rumah.
Walaupun ada adik-beradik lain, tapi saya yang paling jarang balik rumah.
Mesti mama perlukan saya.
Bila last pergi reunion?

Sebelum ke matrik...


Juga bercadang untuk ke Kedah.
Melawat Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun.
Jumpa ustaz kat sana.
Asalnya saya sorang je nak pergi.
Tiba2 je ada yang nak ikut.
Takpelah.
The more, the merrier.


Mama nak saya belajar bawak Toyota Avanza kat rumah.
Lesen dah lesen besar dah, dah renew lagi.
Tapi simpan bawah bantal.
Pelekat P tu, sampai dah tanggal pun x jugak bawak Avanza tu.

Kawan kat tempat tuisyen pun ajak berkumpul.
Saya pun x sampai hati nak menolak....


Banyaknya jemputan..
Cukup ke sebulan neh?
Lagi penting - cukup ke duit ni?
(Atau terlebih cukup? Senyum sampai dahi.. Ahahaha...)

Lain-lain -
Nak ubah rupa blog ni.
Bagi dia lagi comel.

Banyakkan main piano ye...
Kesian piano kat rumah tu, berhabuk je tak diusik, lagi-lagi bila abah dah takde.
Saya satu-satunya pemain piano/keyboard dalam rumah tu.

Malam tadi seorang ustazah di sekolah lama add saya di facebook..
Tiba-tiba terfikir-
"Eh, cikgu kat sekolah rendah sekarang ni ada facebook ke?"
Saya pergi ke laman web sekolah rendah.
Terkejut.
"Eh, cikgu ni pun ada lagi kat sekolah?"

Cuti ni, saya mesti cari cikgu tu.
Kesian dia, dah lame sangat saya x jenguk dia.
Cikgu paling best selama saya belajar kat sekolah tu.

November 23

5.45 petang

Tamat sudah kertas Engineering Mathematics di DSI.
Kemudian solat Asar di MSI.
Berlari-lari dari Masjid Sultan Ismail ke Meranti.
Bukan pergi Meranti pun...
Ambik teksi je.

"Cik, saya nak pergi Angsana (atau Plaza Angsana)"
Seorang wanita membawa saya ke Angsana.
First time la ni baru taw ada pemandu teksi wanita kat UTM.
Dia drive gila-gila lajunya.
Memang layak bergelar pemandu.
Tabik spring la kat kakak tu..
Tambangnya dalam RM14.80 (dari UTM sampai Angsana)

Cucuk duit kat ATM, keluarkan baki wang yang tak mencukupi.
Hari tu dah bayar deposit barangnya.
Hari ni bayar penuhlah.

Pusing2 cari kedainya.
Hah, jumpa pun!

JOHAN PHOTO - nama kedai tu.
Saya pun masuk.

Barang yang dinanti sebulan lepas, hari ni baru dapat.
Lagi best dapat time birthday!
Kiranya "birthday present" la ni...
Apabila "barang" menjadi "hadiah"...

Nikon D3100.
RM1900 sahaja.
Tambah beberapa "safety features", total jadi RM 2030.
Dapat memory card SD 4 GB, tripod dan beg untuk kamera.
Model Nikon yang paling ringan. And the latest model.
Nilah first time gune DSLR.
Amoi tu ajar sikit2 pasal kamera.
Rupanya ada beberapa benda je kena main untuk bagi gambar yang ditangkap tu cantik.
Shutter speeed, aperture dan ISO.
Tak tahulah ape bendanya.
Nanti saya explore sendiri.


Asalnya, saya ada bagitaw kat senior Tahun 4, Abang Taufik, untuk beli kamera.
Dia bawak saya ke Angsana.
Model ni keluar Ogos 2010.
Baru la jugak.
Stok pun x pernah cukup.
Saya order, katanya satu minggu je sampai.
Lepas 4 minggu, baru dia call....

Masih belum terlambat untuk wish kepada diri sendiri.
"Happy birthday to me!"
Semoga diri ini menjadi lebih baik (dan lebih matang.. -_-" )
Banyakkan ibadah tambahan, sebab umur dah bertambah, dan makin dekat dengan kematian.
Dunia itu ladang akhirat.
And study more, please! Jangan malas2.




Melihat kembali hari-hari semalam.
Hari yang telah berarak pergi.
Hari yang takkan kembali.

Tahun itu bermula dengan suasana
yang suram dan sejuk.Saya masih diselubungi kabus kesedihan.
Sukar untuk melupakan kejadian itu.
Sebuah ujian yang sangat perit.
Tapi, saya sedar, itulah yang terbaik untuk diri ini.
Ujian adalah didikan langsung daripada Allah.


Dengan bimbingan naqib dan sahabat, saya pilih untuk berubah.
Bersahabatlah dengan seribu, kerana yang seribu itu lebih baik daripada satu.
"Ramai sebenarnya nak kawan dengan Ashraf, Ashraf je yang suka bersendiri"
"Tanya sepatah, jawab sepatah""Sampai-sampai je kat surau, terus menyorok kat saf belakang. Orang pun jadi segan nak tegur Ashraf,"
"Abang boleh senaraikan banyak sikap-sikap positif tentang Ashraf, tapi satu je takde - BERKAWAN"
Inilah antara luahan hati Abang Arif Ahmad dan Abang Faruqi Yusari.
Hakikatnya, merekalah mata saya.
Bukan memerhatikan kehidupan saya, tetapi memerhatikan diri saya.
Sejak saat itu, aku mula membuka minda seluasnya.
Seribu lebih baik daripada satu.

Semester kedua 2009/2010 bermula.

Saya berubah menjadi seorang yang sangat ceria.
Selalu tersenyum dan ketawa.
Saya juga lebih banyak bersuara.
Jadi pengerusi majlis untuk beberapa program Badar dan KRU.
Saya tak pernah bercakap guna mikrofon sebelum tiba di UTM.

Join Biro Kerohanian Kolej Tuanku Canselor atau BADAR.
Pimpinan Munzir Musa sebgai Ketua, dan Nur Atikah Shaari sebagai Setiausaha.
Saya berada di bawah Jabatan Penerbitan dan Penerangan, atau JAPEN.
Ahlinya, empat orang je.
Norabella Harun (Ketua), Kakak Sayyidah Naffisah Mohd Jasni, Kakak Nur Sabrina Risman dan saya.
Saya satu-satunya lelaki.
Satu tahun telah berlalu.


Saya juga membantu untuk gerakkan surau KTC.
Bertugas sebagai Ketua Penerbitan dan Multimedia.
Selalu buat risalah, edar, dan juga prepare untuk tayangan.

Saya juga mula ada minat terhadap seni, sejak diminta untuk design banner sebuah program.
Mulanya memang payah, sebab tak pernah terfikir nak guna photoshop.
Tapi Abang Aslam Yusof selalu bagi tunjuk ajar. Thanks a lot!!!


Cuti hujung semester bermula.

Sepanjang cuti, duduk rumah je.
Banyak main game. Facebook. Etc.
90 hari cuti sebelum semester 3 bermula.
90 hari terakhir saya bersama abah.


Semester ketiga bermula.

Tiga hari pertama hadir ke kuliah seperti biasa.
Tapi pulang ke rumah pada hari Khamis.
Abah koma.
Hari Sabtu, abah pergi meninggalkan kami.
Selama-lamanya.

Saya ingat lagi sebuah mesej yang saya hantar kepada sahabat-sahabiah.
"Saya bukan lagi Ashraf yang ceria dan periang"

Abang Izmar:
"Ashraf yang abang kenal ialah seorang yang ceria dan periang."

Abang Fathu atau Pak Lang:
"Acap tetap Acap."

Minggu kedua, saya pulang ke UTM.
Mata masa bergenang dengan air mata.
Saya duduk di hadapan kerusi depan kiosk selepas solat Asar.
Termenung.
"Acap, jom!" kata Pak Lang.
Saya berdiri dan berjalan bersama Pak Lang.
"Hang kata hang takkan jadi ceria dan periang..."
Saya tersenyum.
Tak selamanya saya perlu menangis.
Kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,
"Ceriakanlah dirimu demi Islam"

Pemergian abah meninggalkan kesan yang sangat mendalam.
Saya menangis daripada sedalam-dalam hati.
Walaupun selalu tersenyum, saya juga selalu menangis.

Semester ni juga saya bertugas sebagai ketua untuk unit Publisiti.
Design dari banner sampai pamplet.
Letih sangat.
Saya buat 95% kerja.
Mungkin saya perlu mula cari perintis.
Ringan sikit beban ni.

Saya juga semakin rapat dengan ahli-ahli KRU dan Badar yang lain.
Abang-abang, kakak-kakak, dan adik-adik.
Happy je bila diorang ade. Tak tahulah kenapa.
Mungkin inilah hati diikat atas nama Islam.
Semoga ikatan ukhuwwah yang terbina ke akhirnya.
InsyaAllah.




Inilah kisah yang saya lalui selama berusia 19 tahun.
Kisah ini tamat di sini.


Dan bermulalah kisah baru.

Selamat hari lahir ke-20,
Ashraf Bin Nazlan.

November 23,
6.35 pagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...