May 11 2020, 12.44 pm

Saya ada menonton Cari Aku Di Syurga episod 5 di Youtube sekitar jam 12 malam tadi. Episod ni juga akan ditayangkan jam 6 petang nanti di TV3.



Antara perkara menarik tentang episod ini ialah hati seorang perempuan.

Mira yang rutin hidupnya membawa mangkuk tingkat ke rumah Anas bukan sekadar untuk menyuap 'mak', tapi sebab dapat mengintai Anas dari balik tirai hati. Mira diusik oleh kawannya, kenapa tak luahkan sahaja perasaannya kepada Anas. Jawab Mira, "Aku perempuan. Malulah aku.".

Ada satu scene tu Lisa melihat telefon bimbitnya. Tiada apa-apa mesej masuk. Lepas tu terdengar dialog yang diucapkan oleh Lisa kepada Anas tempoh hari, yang mengatakan bahawa dia (Anas) tak perlu hantar apa-apa mesej atau call dia lagi sejak pertemuan terakhir mereka di hadapan rumah Lisa. Cukup hubungan mereka di situ sahaja. Noktah. Tapi riak wajahnya dalam episod ni memang dia sentiasa menanti-nantikan khabar berita daripada Anas.

Anas ni pun tunggul kayu. Yang indah depan mata tu jadi rabun dekat. Yang nun jauh kat bandar tu jugak yang dia rindu. Yang kat bandar tu pun rindu jugak dengan buah hati (dan buah jambu batu) kat kampung tu.

Yang penting, jangan kahwin dengan Kak Midah yang 'cantik gedebas' tu.

Kompleks kan perempuan ni? Untunglah Anas ada dua orang yang sayang dia. Haha. Tapi saya yakin kat hujung cerita ni kita akan tahu siapa sebenarnya yang paling layak ada di sisi Anas.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...