May 18 2020, 11.42 pm

Pernah dengar Dollar-Cost Averaging? DCA ni ialah salah satu teknik dalam pelaburan bagi mengurangkan kerugian dalam pelaburan.

Macam mana tu?

Mudah je.




"Beli atau top-up pelaburan kita tiap-tiap bulan".

Ada yang beranggapan beli kita start melabur (apa-apa jenis pelaburan), kita dah boleh lepak je kat rumah dan pelaburan kita akan jadi 'autopilot'. Memang boleh buat macam ni, tapi ada teknik untuk tambah lagi nilai pelaburan kita, iaitu DCA. Kat Malaysia ni boleh juga dipanggil Ringgit-Cost Averaging, atau RCA.

Kelebihan sistem ni ialah kita beli je saham tu tiap-tiap bulan, tak kiralah dia mahal atau murah. Maksudnya, waktu saham mahal, kita mampu beli sikit je saham tu. Bila saham tu murah, kita boleh borong banyak-banyak saham tu.

Mahal atau murah, kita tetap beli.

Ni ialah situasi pelaburan saham sebenarnya yang saya sedang laburkan sekarang.


Andainya saya letak 100% modal pada Minggu 0 dan tak beli apa-apa saham selepas tu, nilainya menjadi 110.05% sahaja pada Minggu 10.
Tapi, kalau modal yang sama saya laburkan, kemudian saya beli saham tiap-tiap bulan, nilainya menjadi 118.32% pada Minggu 10.

Jon kira CAGR, atau Compound Annual Growth Rate.

Fomulanya:
CAGR=((Future value/Present value)^(1/n) -1 )*100

Tanpa DCA, nilainya ialah 0.96% seminggu.
Dengan DCA, nilainya ialah 1.70%.seminggu.

(Nota: Kiraan ni tak berapa tepat untuk DCA, tapi saya sekadar nak tunjukkan perbezaannya dengan tanpa DCA.)

Apa akan berlaku selepas 2 tahun?

Tanpa DCA, nilainya ialah 270.10%
Dengan DCA, nilainya ialah 577.27%.

Nampak tak bezanya?

Tapi saham ni sifatnya volatile. Data yang saya ada pun setakat 10 minggu. Boleh jadi saham ni akan jatuh pada minggu-minggu mendatang. Apa-apa pun, pelaburan saham ialah long-term game. Kalau beli pagi jual petang tu sama je macam berjudi.

Selamat melabur!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...