May 4 2020, 12.44 pm

Bulan Ramadan ni abang Sharulezad Mohameddin punya drama conquer hampir semua slot drama kat TV3. Mula dengan Budak Ijat, Cari Aku di Syurga, Nur dan yang akan datang, Nur 2. Drama lain yang best adalah Kampung People oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin. Drama opah kejam tu hambar gila.




Antara semua ni, yang paling saya nanti-nantikan ialah Cari Aku di Syurga, sebab saya tak follow cerita ni sewaktu ditayangkan tahun lepas. Saya sempat tengok episod 1 selama 15 minit, sebelum saya berhenti tengok cerita ni dulu. Macam bosan je. Lepas tu lagi sekali saya tengok cerita ni ialah sewaktu hati raya Aidilfitri tahun lepas, waktu ulangan semula episod akhir jam 4.30 pagi. Saya yang tak tahu cerita ni pasal apa tiba-tiba ikut menangis tengok endingnya. Rasa malas pulak nak maraton kat Youtube, so biarkan je siri ni berlalu. Banyal review yang bagus pasal cerita ni. Sangat beremosi katanya. Tapi saya masih tak tergerak nak ikut.

Sampailah Isnin minggu lepas saya balik awal dari tempat kerja. Cerita ni pun main kat TV3. Saya pun terpacaklah depan tv sampai pukul 7 malam. Esoknya repeat lagi. Hari Rabu, balik awal, tapi TV3 tak mainkan cerita ni. Saya pun tengok kat Youtube nak lepas geram. Khamis pun tengok episod 4 kat Youtube. Lepas tu barulah nampak iklan yang cerita ni tayang Isnin dengan Selasa je. Semangat betul nak balik awal. Haha.

4 episod yang saya dah tengok, saya rasa menarik jugak ceritanya. Macam cerita Antara Dua Darjat la. Tapi kat tengah cerita nanti saya rasa ada plot twist. Anyway, kalau saya rajin nanti saya ikut maraton la kat Youtube.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...