April 26 2020, 11.41 pm
Dalam keadaan satu dunia tengah 'lockdown', dan banyak sangat cerita tentang kegawatan ekonomi yang akan melanda sekejap je lagi, ramai yang dikhabarkan bakal hilang pekerjaan. Dengar-dengar jugak banyak hartanah akan dilelong dan pasaran saham jatuh kaw-kaw.
Dalam keadaan ramai antara kita yang akan menganggur, dengan duit simpanan yang ada sekarang tak berapa mencukupi, ditambah pula dengan tanggungan keluarga tidak memungkinkan kita akan berbelanja lebih.seperti biasa. Wahai anak Adam, sesungguhnya kegawatan ekonomi itu benar. Kitaran kegawatan ekonomi setiap 10 tahun itu benar. Beruntunglah mereka yang ikat perut beberapa tahun sebelum ni, supaya dapat bernafas lega mengharungi 'ribut' ngeri ini.
Jom tengok siri rantaian yang akan berlaku.
Rakyat akan makin berjimat-cermat. Duit tak mengalir laju daripada poket seluar macam dulu.
Kelemahannya, ekonomi kita akan slow down. Kenapa?
Duit mengalir, barulah ekonomi ikut mengalir. Kalaulah semua rakyat Malaysia ni kaya, tapi semua memilih untuk simpan je duit diorang, ekonomi pun tak bergerak. Syarikat-syarikat tak dapat berkembang.
Inilah kepentingannya kerajaan memutuskan untuk beri pakej ransangan ekonomi, pengecualian cukai, diskaun bayaran bil dan moratorium, supaya rakyat mampu berbelanja walaupun dalam keadaan menganggur. Apabila duit bergerak, ekonomi pun bergerak. Kita boleh lawan krisis ekonomi ni kalau kita semua bersatu.
Cukupkan dulu perbelanjaan 6 bulan gaji. Duit lebih tu bolehlah start melabur apa-apa jenis saham yang ada kat Bursa Malaysia tu. Bantu dorang. Sebab dengan membantu syarikat-syarikat ni sebenarnya membantu negara jugak, selain mengkayakan diri sendiri. Bila syarikat ni dibantu, diorang akan jadi lebih besar, dan akan menggajikan lebih ramai pekerja. Maksudnya, rakyat Malaysia yang menganggur akan ada pekerjaan semula. Bila pekerja tu ada kerja, maka diorang akan ada gaji. Dan bila diorang belanjakan gaji diorang, ekonomi negara akan menjadi lebih baik.
Harga saham jatuh ni la waktu terbaik untuk borong sebanyak-banyaknya saham yang ada kat Bursa Malaysia. Dan peganglah saham ni selama tiga tahun sebelum dijual. Waktu tu ekonomi kita pun jadi lebih baik, dan harga saham akan melonjak naik. Memang rugilah siapa-siapa yang lepaskan peluang keemasan ni.
0 comments:
Post a Comment