April 13 2020, 12.58 pm
Akhir-akhir ni banyak kali saya dengar tentang istilah 'simpanan yang mencukupi' kat tv dan sosial media, berikutan musim COVID-19 ni yang memaksa kerajaan melaksanakan PKP. Banyak operasi perniagaan ditutup, dan ramai jugak yang hilang sumber mata pencarian.
Apa tu 'simpanan yang mencukupi'? Takde jawapan universal sebenarnya, tapi boleh dianggarkan 6 bulan gaji. Saya agak bernasib baik sebenarnya sebab 2 minggu sebelum PKP bermula, saya dah pun menyumbat 6 bulan gaji saya ke dalam Tabung Haji. Simpan kat TH bukan bererti untuk pergi haji semata-mata ya. Ini betul-betul untuk simpanan sahaja. ASB pun boleh jugak sebenarnya, cuma saya malas nak uruskan zakat ASB. TH dah tolong tolakkan zakat sebelum bagi dividen dan hibah kepada kita.
Kali ni saya nak cerita lebih sikit tentang 'aset yang boleh dilaburkan'.
Mula dengan simpanan 6 bulan gaji. Kemudian simpan RM15k sebagai PELAN HAJI. Kos haji yang TH umum memang bawah RM10k, tapi ada kos-kos lain yang perlu diambil kira. Sebab tu saya letak RM15k. Dan RM15k ni BUKAN daripada 6 bulan gaji yang dimaksudkan tadi tu.
Contohnya, fresh grad bergaji RM2500 sebulan perlu simpan RM2500*6 +RM15000 =RM30 000 dalam tangan.
Kemudian, apa-apa jenis baki yang ada kat tangan kita itulah aset yang boleh dilaburkan.
Untuk peringkat awal, boleh ikut macam ni:
10% tunai
30% pendapatan tetap
60% ekuiti
Saya akan hurai lagi pasal ni dalam post akan datang.
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment