December 30 2019, 12.43 pm

Sebenarnya saya sangat teruja dengan siri terbaru di TV3 iaitu 'Kampung People'. Mula-mula masa tengok episod 1 memang rasa mual gila la sebab ceritanya terlampau 'kartun'. Saya mengharapkan cerita ni jadi lebih serius. Saya pun skip beberapa episod pertama sebab memang tak mampu nak hadam. Saya sekadar pasang telinga sambil mata fokus main laptop waktu kami sekeluarga tengok cerita tu.

But, as the story progress...





Saya pun ikut tergelak-gelak dengan family saya waktu Rose/Roziah/Laila cuba berbahasa Melayu dengan slang mat salih celup. Lama-lama saya pun melekat depan tv dengan family. Ada beberapa perkataan yang digunakan dalam konteks yang salah, macam 'gaji siput' (sepatutnya 'gaji ciput'). Dan dia jugak selalu sebut 'puluts' (pulut) dan 'shendol' (cendol).

Tapi apa yang lebih menarik ialah latar cerita ni sebenarnya berlaku di kampung ibu saya, iaitu Kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor. Warung Cendol Pulut Sebaya yang jadi tempat lepak Rose & 'Jekfer' tu sebenarnya tak sampai 1 km pun dari rumah kami yang tengah dibina tu. Sekolah si Yummy, iaitu adik Rose tu ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar, iaitu sekolah rendah ibu saya. Tak jauh dari warung tu ialah Teratak Mawar Biru. Semua orang kampung mesti kenal Mawar Biru yang sediakan katering time kenduri kahwin dan juga homestay.

Sebenarnya kampung ni jugak dah banyak kali dipilih sebagai setting untuk penggambaran drama Melayu. Mungkin sebab suasananya yang masih banyak pokok dan tak jauh dari Shah Alam dan Puncak Alam. Kawasannya berbukit-bukau. Penduduk asal di sini ialah orang Jawa. Disebabkan saya tak membesar kat sini, saya tak fasih berbahasa Jawa.

Lain-lain tempat dalam siri tu ialah di sekitar kampung berdekatan, macam ladang jagung di Rantau Panjang dan surau di Kampung Bukit Kerayong.

"Bye. Oo la la"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...