January 6 2020, 12.42 pm
Entri pertama untuk dekad ini.
Saya sebenarnya ada tulis diari sejak kecil lagi, tapi tak pernah cukup setahun. Disebabkan tak update beberapa hari, saya pun lupa nak isi apa. Lama-lama saya tinggalkan je diari tu.
Diari rasmi pertama saya ialah pada tahun 1999. Cover warna biru dan ada gambar kartun beruang.
Tahun 2001, saya dapat hadiah daripada Cikgu Rusmina binti Salleh, guru kelas 5 Hemah Tinggi SK Sungai Udang sebab kehadiran penuh. Itulah diari pertama saya yang berkulit hitam. Saya ada isi jugak awal tahun sebelum ditinggalkan begitu sahaja. Ada banyak kata-kata hikmaf kat muka surat depan yang Cikgu Rusmina tulis dengan tangan. Cantik tulisannya. Diari ni untuk tahun 2002.
Tahun 2007, saya beli buku log kulit keras untuk dijadikan diari. Tapi ni pun tak lengkap setahun.
Tahun 2013, tahun akhir saya di UTM. Dan inilah diari pertama yang dapat saya habiskan untuk setahun. Ada banyak peristiwa pahit manis dalam tu yang saya rekodkan. Suka duka sebagai pelajar tahun akhir dan juga sebagai penganggur.
Tahun 2014 saya cuba istiqamah untuk menulis. Tapi tak dapat. Tahun 2015 dan 2016 pun sama je.
Tahun 2017, saya berjaya habiskan diari tu. Begitu juga 2018 dan 2019.
Jadi tahun 2020 ni tahun kelima saya tulis diari. Ada masa, saya akan tengok tarikh hari ni, dan tengok balik diari-diari lama saya dan lihat siapa diri saya beberapa tahun lepas. Tengok berapa jauh saya dah berubah. Kadang-kadang rindu jugak nak hidup zaman tu.
Semakin lama masa berlalu, kadang-kadang kita lupa siapa diri kita sebelum ni. Diari ni macam batu tanda untuk diri kita sebenarnya. Kalau kita sendiri pun tak tulis sejarah hidup kita, siapa lagi nak tolong tuliskan, kan?
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment