December 9 2019, 12.52 pm

Dah masuk Disember. Maka, bila kira-kira baki cuti tahun yang tinggal, rupanya ada baki 8 hari. Yang boleh dibawa ke tahun depan ada 5 hari je. So, daripada annual leave tu burn, baik apply je.



Saya jenis suka duduk rumah. Cuti pun blur tak tahu nak ke mana. Sebab tu la dapat simpan banyak sangat duit. Kalau travel mana-mana mesti keluar duit, kan? Ada orang suka tengok dunia. Tapi sebelum tengok dunia, sila tengok dompet sendiri dulu ya.

Esok saya akan berjalan dengan family. Tak lah jauh mana, sekadar luangkan masa bersama. Ni nanti saya cerita la dalam post akan datang.

Pasal kes rumah kami yang tak siap tu, disebabkan lama menunggu dan geram, ayah tiri saya minta tolong pekerja Myanmar siapkan projek. Maksudnya dah tak lalu kontraktor lama kami lagi. Asalnya kontraktor lama dah mintak duit nak beli macam-macam. Lepas kami hulur duit, tak nampak pun barangnya. Tiang elektrik takde. Air pun masukkan sampai pili meter je. Siap mintak duit lagi walaupun tak siap. Elektrik sepatutnya masuk bulan Julai hari tu. Sampai hari ni takde lagi.

Solusinya, buruh binaan Myanmar tu la yang offer nat buat side income. Projek rumah kami pun berjalan laju je. Tiba-tiba kontraktor lama kami tu sentap dan ugut kami yang duit deposit yang kami bagi tu akan hangus. Pandai pulak melenting. Waktu tu pulak tiba-tiba cakap duitnya ada. Selama ni kat mana entah diorang gelapkan duit tu. Memang betul-betul perangai orang Melayu. Ni nanti tengok la macam mana ayah tiri saya settle.

Orang cakap, orang Melayu ni kalau buat bisnes, untung sikit terus tukar kereta. Kalau dia cukup cerdik, dia invest balik keuntungan tu dalam syarikat, dan bukannya invest dalam dompet dia.

Siapa-siapa yang baca blog ni, ambillah pengajaran daripada apa yang kami lalui. Director ni pun sebenarnya dah pergi haji dan umrah entah berapa kali. Kemudian aktif terlibat dengan NGO Islamik. Entah kat mana Islamnya dia ni, saya pun tak tahu. Kami memang tak halalkan duit yang memang tak berkat tu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...