June 10 2019, 7.26 am
Ramadan kali ni saya dah buat rekod baru. First time buat solat terawih tiap-tiap malam selama 30 malam. Kalau tahun-tahun lepas, kalau tak ke surau, langsung tak buat. Seronok jugak la Ramadan kali ni.
Kenapa cerita kat tv untuk raya kali ni macam suram je ye? Biasanya banyak movie best kat TV3 tiap-tiap malam sepanjang minggu pertama raya. Antara yang saya tengok ialah Surga Yang Tak Dirindukan, Surga Yang Tak Dirindukan 2, London Has Fallen kat TV2. Malam raya pulak saya tengok Astro Prima kat kampung, cerita Nostalgila. Tengok pun sebab minat gila dengan Sharifah Amani. Dan Boboiboy the Movie yang rasanya dah kali ketiga saya tengok.
Kampung saya tak sampai 20 minit dari rumah kalau takde traffic jam. Tu yang best ada parents yang dua-dua asal Selangor. Lahir kat Selangor. Membesar kat Selangor. Kerja kat Selangor. Tiap-tiap kali raya pun saya sengih je tengok laporan trafik kat lebuhraya. Kesian orang yang kampungnya bukan kat sini. Haha.
Kampung saya sebenarnya kawasan bukit. Dari rumah nenek saya sebenarnya boleh tengok kawasan yang lebih rendah. Tapi tak nampak sebab tanah keliling rumah ada kwbun yang penuh dengan pokok. Tapi dijangka tahun-tahun mendatang pokok-pokok kawasan ni akan ditebang untuk buat rumah atau kawasan perumahan. Saya tak tahu istilah 'kampung' masih relevan dengan kawasan satu hari nanti. Seronoknya duduk kampung ni sebenarnya sebab alam semulajadinya. Tapi mungkin generasi akan datang tak sempat rasa semua ni.
Tahun ni tak dapat duit raya. Hulur duit raya lagi ada la. *sedih*
*****
WW: Kopi Tenggek Tanjung Piai
4 days ago
0 comments:
Post a Comment