June 24 2019, 7.43 am

Saya berpeluang menonton "Tentang Bulan" malam tadi di kaca televisyen TV2 buat kali ketiga. Sebelum ni pun pernah keluar dua kali waktu raya beberapa tahun lepas, tapi saya tak pernah tengok penuh. Saya sempat tengok intro dengan ending je sebelum ni. Tak tahu apa jadi kat tengah-tengah cerita.





Yang best pasal cerita ni sebenarnya ialah 'after effect', yang mana kepala saya masih terngiang-ngiang keindahan waktu zaman kanak-kanak dulu.

And as the time goes by, entah apa yang berlaku, kita mula hilang seorang demi seorang kawan baik kita. Kita mula lupa siapa nama kawan-kawan sekolah rendah kita.

Banyak benda saya boleh relate dengan watak Ila. Sebenarnya, habis je zaman belajar kat UTM, saya berpindah tinggalkan kampung tempat saya membesar. Waktu saya pergi, sorang pun kawan-kawan sekolah saya saya tak inform. Waktu tu pun dah tutup akaun semua media sosial. Saya pun tak tahu kenapa saya buat macam tu. Maybe, some stones are better left unturned. Begitu juga dengan kawan-kawan UTM. Saya tak contact pun siapa-siapa lagi selepas tu, sampai sekarang. Ada jugaklah diorang hantar SMS, tapi saya tak pernah reply.

Membesar kat tempat baru, I totally have no bestfriend here. Dan saya setuju, zaman muda dulu ialah waktu paling indah dalam hudup saya.

Rumah baru saya yang tengah buat ni pun kawasan kampung. Mungkin, kalau ada anak nanti, sempat jugaklah rasa hidup jadi anak kampung.

*****










0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...