June 3 2019, 7.43 am


Saya tak pandai langsung anyam jetupat. Arwah abah pernah ajar, tapi memang susah sangat. Last sekali bukak Youtube. Tu pun tak faham jugak.

So I gave up. It was so hard.



Sampailah abah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Sejak tu, tiap-tiap kali raya pun mama masak ketupat mini yang beli kat pasaraya. Takde pun anak-anak ni yang tahu anyam. Kesian pulak mama nak anyam sorang-sorang.

It's been 9 years abah left us.

Tapi tahun ni, my stepfather ajar saya anyam ketupat jantung. It was my very first time in my life jadi menganyam ketupat.

Untuk seketika, saya tiba-tiba terasa macam ada ayah balik. Perasaan tu susah nak digambarkan.

Jarang kan Allah bagi peluang kedua. Kehadiran beliau dalam hidup kami sebenarnya banyak ubah warna dalam hidup kami yang dulunya kelam dan suram sejak arwah abah takde.

Sehari sebelum tu pun adik perempuan saya ada low blood pressure sampai pitam. Beliaulah yang bekejar bawak ke klinik dan hospital swasta. Masukkan air garam dalam badan. Habis lebih RM200 satu malam. Nasib baik beliau memang kaya gila. Kami ni menumpang harta dia je.

Terima kasih Allah sebab pinjamkan seorang ayah sekali lagi dalam hidup kami.

*****










0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...